Tapi kita boleh guna Google Maps untuk bantu kita sampai ke destinasi.
Bila klien tanya kenapa aku tak boleh bagi 10-year plan atau 15-year plan yang confirm apa akan jadi pada kewangan mereka, jawapan aku mudah.
Sebab terlalu banyak benda boleh berubah dalam tempoh tersebut.
Aku bagi analogi macam ni.
Katakan kita nak drive dari KL ke Alor Setar. Kalau bukan musim raya, dan kita bertolak pukul 5 pagi, Google Maps mungkin anggarkan kita sampai pukul 10 pagi.
Tapi adakah kita confirm sampai pukul 10 pagi?
Tak semestinya.
Mungkin kita berhenti di R&R untuk solat Subuh. Mungkin kena isi minyak. Mungkin trafik tiba-tiba sesak. Mungkin ada kemalangan yang menyebabkan kita terpaksa ikut laluan lain.
Anggaran pukul 10 pagi tu dibuat berdasarkan data yang ada pada waktu kita merancang perjalanan.
Bila keadaan berubah, anggaran pun berubah.
Financial planning pun sama.
Kita boleh buat projection untuk 10, 15 atau 30 tahun akan datang. Tapi kita kena faham bahawa projection itu berdasarkan andaian, bukannya kepastian.
Sebab tu dalam financial planning, aku lebih suka guna conservative assumptions.
Bonus yang belum confirm? Tak masuk dalam projection.
Kita cuba bina sasaran yang memerlukan sedikit usaha tambahan, supaya klien ada sesuatu untuk diusahakan. Tapi bukan sampai sasaran itu terlalu jauh dan akhirnya mematahkan semangat mereka.
Kita nak klien bekerja ke arah matlamat mereka dengan lebih yakin, bukan rasa terlalu selesa sebab nombor dalam report nampak cantik.
Tapi perjalanan hidup bukan statik.
Hari ini mungkin klien masih bujang. Lima tahun lagi mungkin dah berkahwin dan ada anak.
Hari ini mungkin kerja stabil. Tahun depan mungkin kena VSS.
Mungkin perlu tanggung ibu bapa. Mungkin dapat peluang perniagaan. Mungkin ada perubahan lain yang langsung tak pernah terlintas ketika financial plan mula-mula disediakan.
Bila semua ini berlaku, financial planner kena buat apa?
Recalculate.
Sama macam Google Maps apabila kita tersasar daripada laluan asal.
Kita masukkan maklumat baharu, semak kedudukan semasa, dan tengok semula laluan yang paling sesuai untuk sampai ke destinasi.
Matlamat asal mungkin masih relevan. Mungkin juga perlu diubah mengikut keadaan hidup yang baharu.
Yang penting, kita tak terus menggunakan peta lama sedangkan keadaan dah berubah.
Sebab itulah aku percaya financial planning bukan kerja sekali siap, kemudian simpan report dalam laci dan buka semula bila nak bersara.
Ia satu proses yang berterusan.
Dan setakat pengalaman aku, apabila klien datang untuk annual review setiap tahun, aku dapat lihat mereka semakin menghampiri matlamat masing-masing.
Bukan sebab projection aku boleh meramal masa depan dengan tepat.
Tetapi sebab kita merancang menggunakan maklumat yang ada, mengambil tindakan, memantau perkembangan dan membuat penyesuaian apabila perlu.
Kita tak boleh kawal semua yang akan berlaku dalam hidup. Tapi kita boleh bersedia, membuat keputusan yang lebih baik dan menyesuaikan rancangan apabila keadaan berubah.
Itulah nilai financial planning bagi aku.
Bukan menjanjikan masa depan yang pasti.
Tetapi membantu klien membuat persediaan untuk masa depan yang belum pasti.
