Semalam aku ada annual review session dengan satu couple ni.
Dah habis 2nd year engagement dengan aku.
Tapi aku bukan nak cerita pasal betapa hebatnya financial planning.
Sebab sebenarnya financial planning tak magic pun.
Cerita dia bermula pada 3 Ogos 2024.
Husband dia mesej aku melalui Facebook Messenger:
«“Assalamualaikum, macam nak berhubung dengan tuan utk set appointment?”»
Kami berbalas mesej, jumpa untuk discovery, dan akhirnya mereka decide untuk engage.
Masa tu mereka couple muda, baru ada seorang anak.
Sekarang dah dua anak.
Reason mereka engage pun bukan sebab nak jadi kaya.
Mereka cuma nak uruskan kewangan dengan lebih effective supaya tak waste masa dan resources ketika masih muda.
Masa mula:
Husband net worth: -RM26k
Wife net worth: RM107k
Combined net worth: RM81k
Dua tahun kemudian:
Husband: RM10k
Wife: RM216k
Combined net worth: RM226k
+RM145k dalam 2 tahun.
Income mereka pun bukan tiba-tiba naik mencanak.
Malah income wife affected selama 5 bulan dari June sampai October.
Saving plans yang dah dirancang pun ada yang tak dapat diteruskan macam asal.
Tapi mereka adjust.
Sebab hidup memang macam tu.
Plan kita tak semestinya berjalan exactly macam yang kita tulis atas kertas.
Yang membezakan ialah apa kita buat bila keadaan berubah.
Dalam review semalam, kita tengok balik takaful.
Tengok cukai.
Tengok zakat.
Tengok financial goals.
Tengok saving dan investment.
Tengok allocation aset sedia ada.
Tengok hutang.
Tengok apa yang dah dicapai dan apa yang perlu dibuat seterusnya.
Benda-benda ni sebenarnya bukan rahsia pun.
Kebanyakan orang dah tahu.
Kena save.
Kena control spending.
Kena ada protection.
Kena invest.
Kena kurangkan hutang.
Kena ada emergency fund.
Kena plan untuk retirement.
Masalahnya…
tahu tak semestinya buat.
Ada orang 10 tahun masih cakap:
“InsyaAllah tahun depan aku nak start saving.”
Ada yang bertahun-tahun baca buku financial planning.
Tengok video investment.
Follow financial influencers.
Download spreadsheet.
Buat calculation.
Tapi tak pernah betul-betul buat keputusan.
Banyak sangat belajar.
Kurang sangat buat.
Financial planning bukan magic.
Aku tak boleh buat duit untuk client.
Aku tak boleh paksa income mereka naik.
Aku tak boleh kawal ekonomi.
Aku tak boleh pastikan emergency tak berlaku.
Apa yang aku boleh buat ialah bantu mereka nampak keadaan sebenar, tentukan arah, bina framework dan review dari semasa ke semasa.
The rest is up to them.
Dan couple ni…
Mereka ambil first step.
Kemudian mereka buat.
Review.
Adjust.
Buat lagi.
Repeat.
Dua tahun kemudian, baru nampak perbezaan.
Jadi kalau kau rasa kewangan kau tak berada di tempat yang kau nak sekarang…
mungkin kau tak perlukan satu lagi video.
Tak perlukan satu lagi buku.
Tak perlukan satu lagi spreadsheet.
Mungkin kau cuma perlu…
start.
Sebab plan yang simple tapi dilaksanakan jauh lebih berguna daripada plan yang perfect tapi tak pernah dibuat.
Financial planning boleh bantu.
Tapi akhirnya…
orang yang menentukan outcome kewangan dia sendiri tetap orang yang sanggup ambil tindakan.
