rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Reverse gym membership

Bayar RM150 sebulan, tapi setiap kali pergi gym dapat balik RM5.

Nampak macam lawak kan? 😂

Lepas tu mungkin orang akan cakap, “Tak sustainable lah business macam ni.”

Mungkin.

Tapi point aku bukan pasal sustainable atau tidak model reverse gym membership ni.

Point aku ialah value creation.

Basic purpose of any business sebenarnya simple.

Kalau product atau service yang kita bagi ada value kepada orang, orang akan guna atau beli.

Ramai orang nampak benda ni macam senang.

Sebab tu ramai orang buka restoran.

Tapi cuba tanya:

Apa sebenarnya value yang restoran tu create untuk customer?

Contohnya:

1. Save masa

Tak payah masak sendiri.

Tak payah belajar macam mana nak masak.

Tak payah pergi beli bahan.

Tak payah basuh pinggan.

Semua tu ada value.

Tapi kalau restoran tu jauh, parking susah, kena tunggu 45 minit untuk makanan sampai…

Untuk sesetengah orang, value “save time” tadi mungkin dah hilang.

2. Makanan sedap & konsisten

Aku kalau bayar makan dekat kedai, aku lebih pentingkan makanan sedap berbanding murah.

Dekat office aku ada satu kedai yang buat buffet lunch nasi campur. RM10 seorang.

Kami pergi test sekali.

Memang murah.

Tapi tak repeat.

Sebab makanan tak sedap.

Harga murah tak semestinya create enough value untuk aku.

3. Variety

Ada orang mungkin anggap variety penting.

Sebab tu orang pergi mamak atau kedai nasi campur.

Banyak pilihan.

Tapi personally, aku kadang-kadang rasa bila terlalu banyak pilihan, lagi pening. 😂

Dan akhirnya ia boleh mengganggu value yang aku nak daripada restoran tadi — makanan yang sedap dan cepat.

Jadi sebenarnya, value tak semestinya sama untuk semua orang.

Apa yang bernilai kepada seorang customer mungkin tak bernilai kepada customer lain.

Dan ini yang ramai business owner terlepas pandang.

Kita terlalu sibuk fikir:

“Produk aku bagus.”

“Service aku bagus.”

“Harga aku murah.”

“Tapi kenapa orang tak beli?”

Sebab soalan sebenar bukan:

“Apa yang aku jual?”

Tapi:

“Apa yang customer dapat daripada apa yang aku jual?”

Dan yang lagi penting:

“Adakah benda tu cukup bernilai untuk dia bayar?”

Aku nampak benda yang sama dalam financial planning.

Ramai financial planner struggle nak explain apa sebenarnya value financial planning kepada client.

Last-last, diaorang lebih senang jual product.

Sebab product lebih mudah nampak.

Investment fund ada return.

Takaful ada coverage.

Unit trust ada fund.

Tapi financial planning?

Kita sebenarnya jual sesuatu yang lebih susah untuk nampak.

Clarity.

Direction.

A framework untuk buat keputusan kewangan.

A second pair of eyes untuk tengok blind spots.

Dan kadang-kadang, peace of mind bila seseorang tahu dia berada di landasan yang betul.

Kalau client tak nampak value benda-benda ni, memang susah untuk dia faham kenapa dia perlu bayar untuk financial planning.

Bukan semestinya sebab financial planning tak ada value.

Mungkin sebab kita gagal communicate value yang kita create.

In business, jangan syok sendiri.

Kita boleh rasa product kita bagus.

Kita boleh rasa service kita hebat.

Tapi akhirnya, yang menentukan value ialah customer yang menerima value tersebut.

Dan kalau kita sendiri tak boleh jawab dengan jelas:

“Kenapa orang patut bayar aku?”

Mungkin kita kena kembali kepada basic.

Apa sebenarnya value yang kita create?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *