Logik jer bagi aku.
Nak buat analysis, research, summarize information — semua makin mudah dengan AI.
Tapi aku personally tak rasa AI boleh replace manusia 100%.
At least buat masa sekarang.
1. AI hallucination is real.
Dan ni bukan sekadar cerita orang biasa guna ChatGPT.
Tahun ni, Sullivan & Cromwell, salah satu law firm paling prominent di US, terpaksa minta maaf kepada mahkamah selepas satu filing mereka mengandungi AI-generated errors.
Antara masalah yang dikenal pasti ialah citation yang tak tepat, salah quote undang-undang dan legal authorities yang tak menyokong apa yang dikatakan dalam filing tersebut.
Yang menariknya, firm tu memang ada polisi dan training requirements untuk penggunaan AI.
Tapi polisi tu tak diikuti, dan review process mereka pun gagal detect kesalahan tersebut.
Kes tu pula bukan kes kecil.
Ia berkaitan dengan Prince Group, yang menurut US authorities dikaitkan dengan scam compounds dan cryptocurrency fraud melibatkan billions of dollars.
US authorities juga pernah mengambil tindakan terhadap kira-kira 127,271 Bitcoin yang dikaitkan dengan kes tersebut, bernilai sekitar US$15 billion ketika itu.
Tapi aku tak nak overclaim.
Bukan bermaksud AI error tu menyebabkan US$15 billion losses.
Point aku lebih simple:
Even one of the most prominent law firms in the US boleh ada AI-generated errors masuk dalam legal filing untuk a very high-stakes matter.
Aku sendiri pernah cuba guna AI untuk buat analysis.
Awal-awal dulu aku tengok results macam tak kena.
Bila aku kira balik sendiri, memang ada calculation yang salah.
So buat masa sekarang, aku masih lebih percaya kepada knowledge dan judgement aku sendiri untuk buat analysis.
Even bila assistant aku buat kerja — dia pun CFP dan licensed financial planner — aku masih akan review.
Bukan sebab aku tak percaya dia.
Sebab nama aku yang ada atas report.
Aku yang akan liaise dengan client.
Aku yang akan explain kepada client.
Kalau salah, accountability tetap jatuh dekat aku.
2. Human interaction.
Aku selalu cakap:
Financial planning is not about the numbers.
Kalau financial planning semata-mata pasal numbers, semua orang patut tak ada masalah kewangan.
Income ada.
Expense ada.
Assets ada.
Liabilities ada.
Kita kira.
Kita buat projection.
Kita bagi recommendation.
Done.
Tapi realitinya tak macam tu.
Sebab masalah kewangan manusia bukan semuanya masalah mathematics.
Ada emotion.
Ada psychology.
Ada pasangan yang tak agree.
Ada orang yang tahu apa dia patut buat, tapi tak ready nak buat.
Ada orang tahu kena save lebih banyak, tapi tak sanggup kurangkan lifestyle.
Sebab tu aku boleh bayangkan AI nanti jadi macam Google Maps.
Kita dah bagi direction.
AI dah kira route.
Tapi kita tak nak ikut.
So dia:
“Recalculating…”
Dan sekarang pun dah ada financial planner yang complain client tak nak dengar cakap.
So imagine kalau advice datang daripada AI.
AI bagi recommendation.
Client tak ikut.
AI:
“Recalculating…”
3. Accountability.
Ini satu lagi benda yang ramai overlook.
Manusia biasanya nak tahu:
“Kalau benda ni salah, aku nak complain dekat siapa?”
Dengan licensed professional, ada licensing, regulations, professional obligations dan framework untuk accountability.
Untuk certain financial disputes pun ada FMOS sebagai saluran dispute resolution yang percuma.
Tapi bayangkan kalau advice yang korang ikut datang daripada AI.
Korang ikut recommendation.
Lepas beberapa tahun, something went wrong.
What’s your recourse?
Siapa yang accountable?
AI?
Company yang buat AI?
Developer?
Atau kita sendiri sebab kita yang tekan “accept”?
😂
Tapi semua ni tak bermaksud professional boleh duduk diam.
Actually aku rasa sebaliknya.
Professional memang kena improve.
Improve service delivery.
Improve quality.
Improve accessibility.
Improve turnaround time.
Dan belajar guna AI sebagai tool, bukannya takut dengan AI.
Orang yang memang nak guna AI supaya tak perlu bayar professional langsung…
mungkin memang bukan target market kita pun.
Tapi kalau kita tak improve service kita, masalahnya bukan AI semata-mata.
Pool of potential clients akan jadi semakin kecil.
Sebab client sekarang ada lebih banyak alternatives.
AI.
Google.
YouTube.
Social media.
DIY platforms.
Dan professional lain yang menggunakan AI untuk deliver service dengan lebih cepat.
So competition akan jadi lebih sengit.
Bagi aku, persoalannya bukan:
“AI akan replace professional ke tak?”
Soalan yang lebih penting:
“Apa value yang professional tu masih boleh provide yang AI tak boleh provide dengan mudah?”
Kalau value kita cuma:
“Aku tahu banyak benda.”
Memang bahaya.
AI boleh tahu banyak benda.
Tapi kalau value kita datang daripada judgement, experience, context, human relationship, accountability dan ability to dan ability to help someone actually take action…
Itu cerita yang berbeza.
Professional yang tak improve value dia akan rasa pressure.
Bukan sebab AI semata-mata.
Sebab client sekarang ada lebih banyak alternatives.
