rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Cinta itu buta. Tapi bila dah kahwin, duit tak buta.

Orang selalu cakap cinta itu buta.

Tapi cinta sahaja tak semestinya cukup untuk memastikan kehidupan selepas kahwin berjalan macam yang kita bayangkan.

Salah satu benda yang aku rasa pasangan patut bincangkan lebih awal dalam relationship, bukan tunggu dah kahwin baru fikir:

Financial compatibility.

Bukan maksudnya dua-dua kena ada jumlah duit yang sama.

Bukan juga maksudnya dua-dua kena mempunyai cara yang sama dalam menguruskan duit.

Tapi sekurang-kurangnya kena tahu:

Apa financial goals masing-masing?

Apa goals yang kita nak capai bersama?

Apa benda yang kita anggap non-negotiable?

Apa yang kita boleh compromise?

Macam mana kita nak handle hutang?

Berapa banyak kita nak spend untuk lifestyle?

Berapa banyak kita nak save?

Dan paling penting…

Apa sebenarnya yang kita nak daripada kehidupan kita?

Sebab kalau benda-benda ni tak pernah dibincangkan, kita sebenarnya masuk ke dalam perkahwinan dengan assumption masing-masing.

“Lepas kahwin nanti kita tengoklah.”

“Later kita fikir.”

“Dah ada anak nanti baru decide.”

“Dah cukup income nanti baru save.”

Masalahnya, bila dah kahwin, keputusan kewangan kita bukan lagi memberi kesan kepada diri sendiri sahaja.

Aku baru habis annual review dengan satu couple.

Very young.

Baru lebih kurang setahun kahwin.

Tahun lepas, mother kepada salah seorang daripada mereka bagi wedding present dengan membayarkan engagement mereka dengan aku untuk financial planning services.

Masa annual review hari tu, husband dia cakap lebih kurang:

“Maybe kalau income kami dah lebih tinggi, engagement dengan you akan jadi lebih effective.”

Tapi wife dia masuk dan bagi perspektif yang berbeza.

Dia kata sebenarnya sebab mereka engage dengan aku, mereka jadi lebih terbuka antara satu sama lain tentang kewangan.

Mereka mula remind each other tentang goals.

Tentang keperluan untuk save.

Tentang apa yang mereka nak capai.

Dan mereka mula sedar yang mereka sebenarnya tak perlu spend setiap sen yang mereka earn semata-mata untuk maintain lifestyle yang mereka tak perlukan pun.

So akhirnya, kedua-duanya agreed yang wedding gift daripada mother tu sebenarnya sangat beneficial.

Bagi aku, itu salah satu contoh kenapa financial planning bukan semata-mata pasal investment, insurance atau retirement.

Kadang-kadang ia menjadi ruang untuk pasangan bercakap tentang duit dengan lebih terbuka.

Sebab kalau dua-dua financial literacy rendah, mungkin agak susah untuk mereka sendiri nampak blind spots masing-masing.

Getting a third party to bounce ideas off can sometimes create wonders.

Dan satu lagi benda yang aku belajar daripada marriage aku sendiri…

Financial compatibility tak bermaksud financial mindset kena sama.

Aku dengan wife aku sebenarnya tak sama pun.

Aku planner.

Aku saver.

Aku jenis fikir jauh ke depan.

Dia lebih kepada spender.

Dia lebih suka enjoy the present.

Dan ya…

Awal-awal marriage dulu memang pernah juga gaduh pasal duit. 😂

Tapi lama-lama kami jumpa compromise.

Dia faham ada benda yang kami kena plan dan put aside untuk masa depan.

Dalam masa yang sama, kami masih boleh enjoy kehidupan sekarang.

Cuma bukan sampai tahap semua income habis dan tak ada apa-apa yang boleh diketepikan.

Kami work on a budget.

Kalau dia nak sesuatu dan memang ada allocation untuk benda tu, go ahead.

Kalau tak ada allocation, aku akan cakap:

“Bukan tak boleh. Sekarang tak boleh.”

Itu beza dia.

Dan masa dia masih bekerja dulu, aku pun tak tahu semua benda tentang kewangan dia.

How she managed her own money was up to her.

Tapi sekarang dia dah tak bekerja, alignment dalam cara kami manage kewangan jadi jauh lebih penting.

Sebab sekarang, keputusan kewangan seorang akan memberi kesan kepada financial future kami berdua.

So kalau korang tengah dalam relationship dan serius nak berkahwin…

Jangan hanya tanya:

“Kita sayang tak?”

Tanya juga:

“Kita nak hidup macam mana?”

“Apa yang kita nak capai bersama?”

“Apa yang penting bagi aku?”

“Apa yang penting bagi kau?”

Dan yang paling penting…

“Apa yang kita sanggup compromise untuk each other?”

Sebab financial compatibility bukan tentang mencari pasangan yang mempunyai financial mindset yang sama dengan kita.

It’s about finding a way to build a financial life that both of you can live with.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *