One thing yang aku takkan buat sebagai seorang financial planner adalah mengarah klien buat apa yang aku advise.
Aku faham skop kerja aku.
Kerja aku adalah bagi advice yang boleh membantu klien capai financial goals diaorang.
Tapi aku juga faham satu benda…
Tak semua orang sama.
Financial literacy level tak sama.
Financial situation tak sama.
Risk tolerance tak sama.
Dan yang paling penting, readiness untuk ambil action pun tak sama.
Kerja aku bukan untuk tunjuk yang aku ni terpaling expert.
Aku bukan.
Mungkin ramai lagi financial planner dekat luar sana yang technically jauh lebih power daripada aku.
So, bagi aku, tugas financial planner bukan semata-mata untuk bagi tahu klien:
“Ini yang betul. Buat.”
Tapi lebih kepada create awareness supaya klien faham pilihan yang dia ada, faham consequences setiap pilihan dan akhirnya boleh buat keputusan yang dia selesa untuk ambil.
Kalau klien tak nak move forward dengan apa yang aku cadangkan, aku akan tanya:
“Kenapa?”
Kalau masalahnya financial literacy, kita educate.
Kalau dia tak selesa dengan approach yang aku cadangkan, kita tengok option lain.
Kalau dia rasa timing tak sesuai, kita bincang.
Sebab bukan ada satu jalan sahaja untuk bergerak ke depan.
Dan kalau dia masih tak ready?
Tak apa.
Kita move on kepada area lain dulu.
Benda ni aku dah discuss banyak kali dengan financial planners dalam firm aku sendiri.
Ada masa diaorang complain:
“Client tak nak dengar cakap.”
Aku selalu jawab simple.
Walaupun kau lebih knowledgeable daripada klien dalam financial planning, jangan gunakan sijil atau qualification kau sebagai alasan kenapa klien kena ikut cakap kau.
“Ko kena ikut sebab aku ada certificate.”
Itu antara cara paling cepat untuk hilangkan trust klien.
Sebab bila conversation dah jadi macam pertandingan siapa betul siapa salah, kau bukan lagi cuba membantu klien.
Kau cuba menang argument.
Dan bila kau dah sampai tahap tu, kau akan mula gunakan authority kau untuk menang, instead of menggunakan knowledge kau untuk membantu klien faham.
Certificate kau sepatutnya bagi confidence kepada klien bahawa kau competent untuk membantu dia.
Bukan jadi senjata untuk memaksa dia ikut apa yang kau cakap.
Cuma…
Kalau klien memang tak nak move forward langsung, itu lain cerita.
Mungkin dia dah tukar fikiran.
Mungkin keadaan dia dah berubah.
Atau mungkin dia sebenarnya belum ready untuk engage a financial planner.
Kalau macam tu, mungkin lebih baik kita ambil sedikit masa off.
Daripada kedua-dua pihak terus bazir masa dan duit.
Aku ada banyak klien yang net worth dia lebih tinggi daripada aku.
Income pun lebih tinggi daripada aku.
Dan honestly, diaorang memang hebat dalam menghasilkan income dan membina wealth.
Tapi diaorang sendiri acknowledge yang financials diaorang mungkin belum dioptimumkan sepenuhnya.
Sebab tu diaorang engage aku.
Bukan sebab aku lebih kaya daripada diaorang.
Tapi sebab diaorang trust aku untuk bantu diaorang jadi lebih baik.
Dan aku juga ada klien yang income dan net worth dia lebih rendah daripada aku.
Tapi diaorang tetap trust aku untuk bantu diaorang sampai ke tempat yang diaorang nak pergi.
Sebab relationship aku dengan klien bukan berdasarkan siapa lebih kaya.
Bukan siapa lebih pandai.
Bukan siapa ada certificate lebih banyak.
It’s about partnership, collaboration and trust.
Aku bagi knowledge dan perspective yang aku ada.
Klien pula buat keputusan berdasarkan apa yang dia faham, keadaan hidup dia dan apa yang dia selesa untuk buat.
Sebab pada akhirnya…
Financial planner bukan orang yang hidupkan kehidupan kewangan klien.
Klien yang kena hidup dengan keputusan tersebut.
Jadi, tugas aku bukan untuk memastikan klien ikut semua apa yang aku cakap.
Tugas aku adalah memastikan klien faham apa yang dia sedang buat, kenapa dia buat, dan apa kemungkinan consequence daripada keputusan tersebut.
Lepas tu…
keputusan tetap keputusan dia.
