Ni dua soalan yang berlainan.
“Nak kerja?”
Jawapan dia bergantung kepada individu.
“Kena kerja?”
Yang ni, majoriti orang mungkin akan jawab ya.
Dan aku rasa itu sebenarnya isu yang lebih besar bila kita bincang pasal umur persaraan.
Sekarang ni ada cadangan supaya Malaysia melihat semula umur persaraan, termasuk dalam konteks rakyat yang hidup lebih lama dan masih mampu bekerja. Malaysia pada masa ini menetapkan umur persaraan minimum pekerja pada 60 tahun.
Tapi sebelum kita terus fikir,
> “Kalau orang hidup lebih lama, naikkan je umur persaraan.”
aku rasa kita kena tanya soalan yang lebih asas:
Kenapa ramai orang masih belum mampu bersara pada umur 60?
Antara sebabnya:
1. Pendapatan dan inflasi
Kenaikan gaji tak semestinya selari dengan kenaikan kos sara hidup.
Walaupun gaji minimum dah meningkat, masih ada ramai pekerja yang pendapatannya rendah.
Kalau income sepanjang hayat bekerja rendah, jumlah yang boleh disimpan untuk persaraan pun memang terhad.
Akhirnya, umur 60 sampai, tapi duit persaraan tak cukup.
2. Financial literacy
Untuk mereka yang mempunyai pendapatan lebih tinggi pula, masalahnya mungkin berbeza.
Ada yang lifestyle naik seiring dengan income.
Ada yang banyak berhutang.
Ada yang kena scam.
Ada yang simpan tetapi tak melabur dengan baik untuk mengatasi inflasi.
Ada yang lebih banyak membelanjakan daripada menyimpan.
Jadi masalah retirement readiness ni bukan semata-mata masalah umur persaraan.
Financial literacy memang satu cabang yang perlu diperbaiki.
Tapi bukan itu sahaja.
Kita juga kena tengok income, kos sara hidup, akses kepada pekerjaan yang membayar lebih baik, sistem persaraan, longevity, healthcare dan macam-macam lagi.
Di Amerika Syarikat pun, full retirement age untuk Social Security sekarang sudah mencapai 67 tahun bagi mereka yang lahir pada 1960 atau selepasnya. Umur 62 masih merupakan umur paling awal untuk mula menerima manfaat persaraan Social Security, tetapi dengan pengurangan manfaat.
Jadi persoalannya:
Adakah kita nak menaikkan umur persaraan di Malaysia atas alasan yang sama?
Atau kita sebenarnya perlu memastikan lebih ramai orang mampu memilih untuk bersara, bukannya terpaksa terus bekerja kerana duit tak cukup?
Sebab daripada prospek yang aku jumpa selama ni, kalau tanya:
“Kalau boleh, nak retire awal atau lambat?”
Majoriti akan jawab:
“Awal.”
Tak ramai yang kata,
“Aku nak kerja sampai 70.”
Kalau ada pun, biasanya ada sebab tersendiri.
Dan bagi aku, itu perkara yang penting untuk kita bezakan.
Financial freedom ≠ retirement.
Financial freedom bagi aku bermaksud kau ada fleksibiliti untuk memilih.
Kau boleh berhenti bekerja kalau kau nak.
Kau boleh terus bekerja kalau kau suka.
Kau boleh kerja part-time.
Kau boleh tukar career.
Kau boleh buat business.
Kau boleh ambil sabbatical.
Yang penting, kau yang buat keputusan.
Bukan sebab duit memaksa kau untuk terus bekerja.
Jadi mungkin persoalan yang lebih penting bukan:
“Berapa umur kita patut retire?”
Tapi:
“Berapa ramai rakyat Malaysia yang apabila sampai umur 60, mereka sebenarnya mempunyai pilihan untuk retire?”
Itu yang aku rasa kita patut bincangkan.
