Sebagai financial planner, memang hampir setiap hari aku jumpa orang yang ada masalah kewangan.
Ada yang hutang dah terlalu banyak.
Ada yang cashflow negatif setiap bulan.
Ada yang dah sampai tahap masuk AKPK.
Ada yang dah bankrap.
Ada yang bergaduh dengan adik-beradik sebab harta pusaka sampai dah tak bertegur sapa.
Ada yang risau pasal anak.
Ada yang tak cukup simpanan untuk persaraan.
Ada yang dah buat keputusan kewangan yang salah bertahun-tahun dan sekarang kena tanggung akibatnya.
Dan benda yang sama aku selalu cakap kepada mereka:
InsyaAllah, ada jalan penyelesaiannya.
Bukan bermaksud semuanya akan selesai dengan mudah.
Bukan juga bermaksud masalah itu akan hilang esok.
Tapi selagi kita masih boleh buat keputusan, masih boleh usaha dan masih sanggup berdisiplin untuk ubah keadaan…
selalunya masih ada sesuatu yang kita boleh buat.
Ada orang hutang sampai masuk AKPK atau bankrap.
Tapi masih sihat.
Masih boleh bekerja.
Masih ada masa untuk bina semula kehidupan.
Ada orang bergaduh dengan adik-beradik sebab pusaka sampai tak bertegur sapa.
Tapi masing-masing masih ada aset sendiri.
Masih ada pekerjaan.
Masih ada keluarga.
Masih ada kehidupan yang boleh diteruskan.
Masalah mereka memang real.
Dan aku tak pernah anggap masalah mereka kecil.
Tapi cuba kita buat satu eksperimen.
Bayangkan semua orang di dunia ini tulis masalah paling besar yang sedang mereka hadapi sekarang atas sekeping kertas.
Semua kertas itu kita masukkan dalam satu bekas.
Termasuk masalah kita sendiri.
Kemudian kita diberi pilihan.
Kita boleh kekalkan masalah kita sekarang.
Atau…
Kita boleh cabut satu kertas secara rawak.
Masalah kita sekarang akan hilang.
Tapi kita wajib ambil masalah baru yang kita cabut.
Tak boleh tengok dulu.
Berani?
Kalau masalah kita sekarang ialah hutang…
Mungkin masalah baru yang kita dapat adalah penyakit serius.
Kalau sekarang kita bergaduh dengan adik-beradik…
Mungkin masalah baru ialah kehilangan orang yang paling kita sayang.
Kalau sekarang kita tak cukup duit…
Mungkin masalah baru ialah kehilangan pekerjaan ketika umur yang sukar untuk bermula semula.
Kita tak tahu.
Sebab itu aku rasa ada beza antara menyelesaikan masalah dengan membenci kehidupan kita kerana ada masalah.
Kita tetap kena usaha.
Kalau hutang, kita cari jalan untuk bayar.
Kalau cashflow negatif, kita baiki.
Kalau tak cukup simpanan, kita mula bina.
Kalau hubungan keluarga rosak, kita cuba baiki apa yang masih boleh dibaiki.
Kalau keputusan kewangan dulu salah, kita belajar dan jangan ulangi.
Syukur bukan bermaksud kita redha dengan keadaan yang tak baik dan tak buat apa-apa.
Syukur bermaksud kita sedar:
«“Aku memang ada masalah.
Tapi aku masih ada perkara lain yang aku boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah ini.”»
Kesihatan.
Masa.
Pekerjaan.
Keluarga.
Kemahiran.
Pengalaman.
Peluang untuk berubah.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk melihat masalah yang kita ada, sampai kita tak nampak sumber yang masih kita ada untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jadi kalau hari ini kewangan kita tengah berantakan…
Jangan abaikan masalah itu.
Hadap. Susun. Baiki. Disiplin.
Tapi dalam masa yang sama, jangan lupa bersyukur dengan perkara yang masih ada.
Sebab mungkin kalau semua masalah manusia dikumpulkan dalam satu bekas…
kita sebenarnya tak sanggup pun menukar masalah kita dengan masalah orang lain.
Dan kalau begitu…
mungkin kita tak perlukan kehidupan yang baru.
Kita cuma perlukan keberanian dan disiplin untuk memperbaiki kehidupan yang kita ada sekarang.
InsyaAllah, ada jalan.
Janji kita sanggup usaha.
