Semalam jumpa seorang new client yang baru start engagement financial planning dengan saya.
Umur dia 52 tahun.
Antara soalan pertama yang dia tanya:
“Logik ke kalau saya target nak retire umur 62? Atau better saya kerja sampai 65?”
Saya cakap, tak salah pun kalau nak target umur 62.
10 tahun tu, generally masih tempoh yang munasabah untuk buat financial planning provided kewangan sekarang berada dalam keadaan yang baik dan target yang ditetapkan memang manageable.
Based on pengalaman saya sebelum ni pun, bila client letak financial freedom goal yang realistic dan manageable, ada yang berjaya capai goal tersebut dalam tempoh kurang daripada 10 tahun selepas mula engage dengan saya.
Of course, past performance doesn’t necessarily guarantee future results.
Semalam sebenarnya baru sesi Fact Finding.
So saya baru buat cursory assessment berdasarkan maklumat yang dia share.
Antara financial goals dia:
• Nak retire umur 62
• Nak sediakan duit pendidikan untuk 2 orang anak bila umur 18 tahun, untuk local private university
• Nak pergi Haji tahun depan
• Nak settle semua hutang dan debt-free sebelum umur 60
Bila saya buat kira-kira awal, dengan andaian portfolio boleh achieve minimum 5% return dan dia perlu allocate sehingga 15% daripada annual income untuk savings/investment, nampaknya semua goals tersebut masih boleh dicapai.
Bila saya share perkara tu dengan dia…
Nampak muka dia terus relax sikit.
Sebab sebelum datang jumpa saya, dia sebenarnya ingat keadaan kewangan dia jauh lebih teruk.
Dan ini salah satu perkara yang saya rasa penting dalam financial planning.
Kadang-kadang kita rasa kita tak cukup.
Kita rasa kita dah terlambat.
Kita rasa umur dah 50+, tak banyak benda yang boleh dibuat.
Tapi…
rasa tak cukup tak semestinya bermaksud kita memang tak cukup.
Kena tengok nombor dulu.
Sebab financial planning bukan semata-mata nak jawab:
“Berapa banyak duit saya perlukan untuk retire?”
Tapi juga:
“Dengan kedudukan saya sekarang, apa yang sebenarnya masih boleh saya capai?”
Dan kalau memang boleh capai, apa yang saya perlu buat dalam tempoh 10 tahun yang akan datang untuk sampai ke sana?
Sebab itu saya selalu cakap, financial planning bukan sekadar tentang investment return.
Ia tentang clarity.
Bila kita tahu kedudukan sebenar kita, kita boleh buat keputusan dengan lebih tenang.
Mungkin akhirnya dia tetap decide nak kerja sampai 65.
Tak ada masalah.
Tapi biarlah dia buat keputusan tu sebab dia nak, bukan sebab dia rasa dia terpaksa.
Itulah beza antara sekadar merancang untuk bersara dengan merancang untuk mencapai financial freedom.
