Aku nampak screenshot ni masa tengah scroll FB.
Lepas tu pergi baca komen.
Wajib. 😂
Ramai yang komen:
“Biarlah duit dia. Dia nak belanja macam mana pun.”
“Tak menyusahkan orang lain pun.”
“Kenapa korang sakit hati dengan kehidupan orang lain?”
Aku setuju dengan satu benda.
Kalau betul-betul duit dia, dia memang berhak nak belanja macam mana pun.
Nak drive kereta RM100k, makan café aesthetic setiap weekend, travel, beli handbag — tak ada masalah.
Tapi screenshot ni bukan sebenarnya cerita pasal orang yang mampu hidup macam tu.
Ia cerita pasal “fake rich”.
Dan pada aku, fake rich boleh menyusahkan orang lain.
Aku pernah jumpa orang yang depan orang nampak macam duit banyak.
Tapi belakang tabir:
Loan keliling pinggang.
Credit card max.
BNPL ada.
Pinjam duit kawan.
Pinjam duit family.
Malah ada yang pinjam daripada kawan A untuk bayar kawan B, kemudian pinjam daripada B untuk bayar C.
Jadi bila orang kata,
“Tak menyusahkan orang lain pun.”
Aku tak rasa semudah itu.
Bila lifestyle dah terlalu tinggi berbanding income, orang mula cari duit tambahan untuk cover lifestyle dan hutang.
Side hustle masa waktu kerja.
Jawab WhatsApp customer ketika sepatutnya bekerja.
Buat kerja lain.
Ada yang sanggup ambil MC untuk buat side income.
Dan akhirnya?
Bukan dia seorang yang menanggung akibatnya.
Kawan sekerja mungkin kena cover kerja dia.
Family mungkin kena bantu bila cashflow dah tak cukup.
Kawan pula jadi tempat pinjam duit.
Dan bila kita cuba advise:
“Potong lifestyle.”
“Stop tambah hutang.”
“Kalau dah tak mampu, cuba dapatkan bantuan AKPK.”
Jawapannya:
“Tak nak. Nanti susah nak buat loan baru.”
🤦🏻♂️
Tapi ada satu lagi benda yang aku rasa lebih menarik.
Ada orang yang menunjukkan lifestyle bukan sekadar untuk validation.
Tetapi untuk menarik orang lain.
Sebab kita memang mudah tertarik dengan apa yang nampak berjaya.
Kereta mahal.
Handbag mahal.
Travel mahal.
Rumah besar.
Café cantik.
Story setiap hari nampak macam hidup dah “made it”.
Kemudian orang percaya:
“Dia berjaya. Aku pun nak hidup macam dia.”
Dan dari situ, lifestyle boleh dijadikan alat untuk menjual sesuatu.
Ada yang jadi agent dan beli stok terlalu banyak sebab nak nampak macam business sedang booming.
Ada yang gunakan imej mewah untuk membina kepercayaan sebelum menjual sesuatu yang tak berkualiti.
Dan scammer pun tahu benda yang sama.
Tunjukkan kekayaan → bina credibility → mangsa lebih mudah percaya.
Jadi ya, bukan semua orang yang nampak kaya itu fake rich.
Dan bukan semua orang yang hidup sederhana itu sebenarnya kaya.
Aku sendiri lebih suka tengok benda yang kita tak nampak:
Berapa banyak hutang?
Berapa besar emergency fund?
Berapa kuat cashflow?
Berapa banyak aset yang betul-betul dimiliki?
Kalau income berhenti 12 bulan, boleh survive?
Dan yang paling penting:
Adakah lifestyle itu boleh dikekalkan tanpa perlu bergantung kepada orang lain?
Sebab bagi aku,
wealth bukan tentang berapa mahal kehidupan yang kita mampu tunjukkan.
Wealth ialah berapa banyak pilihan yang kita ada tanpa perlu berpura-pura kaya.
Dan satu lagi…
Orang yang suka menunjuk lifestyle memang ada.
Tapi orang yang sentiasa reward lifestyle macam itu pun sebenarnya sebahagian daripada masalah.
Kalau setiap kali nampak kereta mahal, handbag mahal dan travel mahal kita terus anggap:
“Wow, dia berjaya.”
Kita sebenarnya sedang mengajar generasi seterusnya bahawa:
nampak kaya = kaya.
Padahal dua benda itu sangat berbeza.
Jadi persoalannya bukan “kenapa kau sakit hati dengan hidup orang lain?”
Persoalannya:
Kita sebenarnya kejar kehidupan yang kita mahu… atau kehidupan yang kita mahu orang lain nampak?
