rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Nak simpan duit kat mana?” — Sebenarnya, itu bukan soalan paling penting.

Simpan emas boleh.

Simpan dalam bank boleh.

Simpan unit trust boleh.

Simpan crypto pun boleh.

Simpan ASB boleh.

Simpan Tabung Haji boleh.

Simpan SSPN boleh.

Simpan PRS pun boleh.

Sebenarnya, tempat nak simpan duit bukan masalah utama.

Sebab kalau kita konsisten menyimpan, tak kira di mana pun kita letakkan, selepas 5, 10 atau 20 tahun, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kita boleh pegang.

Yang jadi masalah ialah bila kita…

“Nak simpan… tapi simpan dalam hati.”

Bertahun-tahun, simpan angan-angan.

Bertahun-tahun, simpan alasan.

Bertahun-tahun, simpan penyesalan.

“Nanti gaji naik baru aku mula.”

“Bulan depan aku start.”

“Sekarang banyak komitmen.”

“RM50 je, apa sangat boleh jadi?”

Lepas tu tiba-tiba 10 tahun berlalu.

Duit tak bertambah banyak.

Aset tak terbina.

Matlamat masih sama.

Dan masa depan masih bergantung kepada “nanti”.

Menyimpan bukan pasal berapa banyak yang kita mampu simpan.

Ia pasal disiplin untuk mula.

RM50 sebulan pun tak mengapa.

Yang penting, kita mula ajar diri sendiri bahawa sebahagian daripada pendapatan kita bukan untuk dihabiskan semuanya hari ini.

Duit perlu diberi tugas.

Sebahagian untuk hidup hari ini.

Sebahagian untuk menikmati hidup.

Dan sebahagian lagi untuk membina pilihan untuk masa depan.

Jadi kalau hari ini masih tertanya-tanya,

“Nak simpan duit kat mana?”

Jawapan aku:

Simpanlah.

Pilih tempat yang sesuai dengan matlamat, tempoh, risiko dan keadaan kewangan kita.

Tapi jangan sampai terlalu lama mencari tempat terbaik untuk menyimpan, sampai akhirnya kita tak menyimpan langsung.

Sebab tempat simpan duit boleh kita ubah kemudian.

Masa yang dah berlalu, kita tak boleh simpan untuk guna balik.

So, mula hari ini.

Tak kisah RM50.

Tak kisah RM100.

Tak kisah RM500.

Asalkan duit tu bukan disimpan dalam hati. ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *