Selalu dengar ayat ni daripada entrepreneurs:
“Kita kena ada commitment.
Kena ada hutang.
Baru kita ada motivation nak kerja keras.”
Betul ke?
Mungkin untuk sesetengah orang, hutang memang boleh jadi pendorong.
Ada loan rumah RM1 juta, kereta RM200k, business loan RM500k…
Setiap bulan kena cari duit untuk bayar.
Jadi, nak tak nak kena kerja.
Tapi dari financial planning point of view, saya nampak benda ni agak berbeza.
Kita sebenarnya nak bina kewangan supaya kita tak perlu bekerja kerana terpaksa.
Bukan bermaksud tak nak bekerja.
Tapi kita nak sampai satu tahap di mana:
“Aku kerja sebab aku nak, bukan sebab aku kena.”
Kalau esok kerja dah tak seronok, kita ada pilihan untuk berhenti.
Kalau ada business opportunity yang kita percaya, kita ada modal untuk cuba.
Kalau nak spend lebih masa dengan family, kita mampu kurangkan kerja.
Kalau nak tukar career, kita ada financial buffer untuk survive sementara income berubah.
Itulah yang saya nampak sebagai financial freedom.
Bukan semata-mata berapa banyak duit yang kita ada.
Tetapi berapa banyak pilihan yang duit kita boleh berikan kepada kita.
Sebab itu dalam financial planning, kita bukan cuba cari sebanyak mungkin hutang untuk “paksa diri”.
Kita cuba bina:
positive cashflow → emergency fund → adequate protection → savings & investments → financial flexibility.
Sampai satu hari nanti, kita boleh cakap:
“Kalau aku nak kerja, aku kerja.
Kalau aku nak berhenti, aku boleh berhenti.
Kalau aku nak pilih, aku ada pilihan.”
Pada saya, motivasi yang datang daripada hutang ialah pressure.
Tapi motivasi yang datang daripada financial security ialah freedom.
Dan saya lebih suka bina kehidupan yang memberi kita pilihan, bukan kehidupan yang memaksa kita untuk terus bekerja.
