rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kalau memang nak renovation, mula simpan duit renovation dari sekarang.

Dua tiga minggu ni, ada tiga klien berlainan yang tengah dalam proses apply loan untuk beli rumah.

Dan satu benda yang aku memang selalu pesan:

Kalau tak perlu, jangan tambah hutang.

Terutamanya bila bank offer “cashback”, atau bagi peluang untuk ambil loan lebih untuk renovation, furniture, investment dan sebagainya.

Sebab atas kertas nampak macam best.

“Dapat extra RM100k.”

Tapi realitinya, bila duit RM100k dah masuk account, berapa ramai yang betul-betul invest?

Ramai yang akhirnya renovate lebih daripada budget.

Beli furniture lebih mahal.

Upgrade kereta.

Travel.

Dan akhirnya duit habis, tapi hutang masih ada.

Sekarang ni pun ramai orang beli rumah under construction.

Contohnya, rumah siap lagi 4 tahun.

Loan penuh nanti RM3,100 sebulan.

Tapi sepanjang construction period, bayaran kepada bank mungkin naik secara berperingkat.

Katakan:

Tahun 1

Bayar bank RM300 sebulan.

Kalau kita memang dah tahu nanti kena bayar RM3,100, apa kata kita mula “biasakan” diri dengan RM3,100?

RM3,100 – RM300 = RM2,800

Jadi RM2,800 tu simpan setiap bulan.

Setahun = RM33,600

Tahun 2

Bayar bank RM900.

RM3,100 – RM900 = RM2,200

Simpan RM2,200 sebulan.

Setahun = RM26,400

Tahun 3

Bayar bank RM1,500.

RM3,100 – RM1,500 = RM1,600

Simpan RM1,600 sebulan.

Setahun = RM19,200

Tahun 4

Bayar bank RM2,500.

RM3,100 – RM2,500 = RM600

Simpan RM600 sebulan.

Setahun = RM7,200

Dalam 4 tahun:

RM33,600

+ RM26,400

+ RM19,200

+ RM7,200

= RM86,400.

Tanpa compounding.

Kalau duit ni pula diletakkan dalam instrumen yang memberikan purata 5% setahun dan kita biarkan ia berkembang, jumlahnya boleh jadi sekitar RM97,500 selepas 4 tahun.

Dan ini belum cerita tentang apa yang berlaku selepas rumah dah siap.

Sebab sebenarnya, kita bukan sekadar kumpul duit untuk renovation.

Kita sedang buat satu benda yang lebih penting:

Kita sedang melatih cashflow kita untuk menanggung rumah tersebut.

Hari ni biasa hidup dengan bayaran rumah RM300.

Tahun depan RM900.

Kemudian RM1,500.

Kemudian RM2,500.

Sampai satu hari nanti, bila rumah dah siap dan kena bayar RM3,100 penuh…

RM3,100 tu bukan lagi sesuatu yang mengejutkan.

Sebab kita dah biasa.

Dan duit yang kita kumpulkan sepanjang 4 tahun tu pula boleh digunakan untuk renovation, furniture, emergency fund atau apa-apa keperluan rumah.

Tak perlu ambil hutang tambahan.

Tak perlu “cashback” untuk cover renovation.

Tak perlu cuba justify hutang dengan alasan “duit lebih tu nanti saya invest.”

Kalau memang nak renovation, mula simpan duit renovation dari sekarang.

Biar rumah yang kita beli nanti bukan sahaja cantik.

Tapi cashflow kita pun masih sihat.

Itu lebih penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *