rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Apa yang kita boleh buat supaya 10–20 tahun akan datang, mereka tak lagi memerlukan bantuan tersebut?”

Aku tak nak komen pasal hak Bumiputera.

Aku nak fokus kepada polisi yang boleh bantu orang miskin keluar daripada perangkap kemiskinan.

Sebab aku dah cakap banyak kali sebelum ni, pada pandangan aku, antara benda yang mempunyai highest chance untuk membantu seseorang keluar daripada kemiskinan ialah pendidikan.

Bukan bermaksud pendidikan ni perfect.

Tapi ia sudah banyak kali terbukti boleh menjadi salah satu jalan mobiliti sosial.

Daripada B40, boleh naik ke M40/T20.

Daripada M40, boleh naik ke T20.

Aku sendiri datang daripada keluarga yang, kalau dengar cerita daripada parents tentang zaman mereka membesar, boleh dikatakan berasal daripada keluarga yang sederhana.

Atuk sebelah mak kerja bawa teksi, nenek suri rumah.

Sebelah babah pula, nenek suri rumah dan tok wan kerja kerajaan.

Tapi parents aku belajar sampai habis degree.

Dan mereka pula pastikan anak-anak semua sekurang-kurangnya dapat degree.

Alhamdulillah, sekarang semua adik-beradik doing well.

Bukan sebab degree semata-mata.

Tapi pendidikan bagi seseorang ilmu, kemahiran, credential dan peluang untuk mendapatkan income yang lebih tinggi.

Dan pendidikan pun bukan semestinya akademik.

Ada pendidikan akademik.

Ada pendidikan profesional.

Ada kemahiran teknikal.

Ada vocational education.

Pada aku, semua ada peranan masing-masing.

Sebab kalau kita nak bercakap tentang keluar daripada perangkap kemiskinan, aku nampak sekurang-kurangnya dua perkara besar:

1. Income

2. Ilmu

Income penting sebab tanpa lebihan income, susah nak bina savings, investment dan assets.

ASB boleh membantu.

Rumah boleh membantu.

KWSP boleh membantu.

Pelbagai bantuan dan insentif kerajaan pun boleh membantu.

Tapi semua itu perlukan income dan kemampuan untuk mengambil manfaat daripadanya.

Kalau tak ada duit lebihan, macam mana nak melabur?

Kalau tak cukup income, macam mana nak kumpul deposit rumah?

Kalau income hanya cukup-cukup makan, macam mana nak bina emergency fund?

Sebab itu aku kurang bersetuju bila kita fikir satu-satu polisi sahaja boleh menyelesaikan masalah kemiskinan.

Yang kedua ialah ilmu.

Sebab bila kita ada income, kita perlu tahu bagaimana nak uruskan income tersebut.

Macam mana nak bajet.

Macam mana nak elakkan hutang yang tak perlu.

Macam mana nak gunakan bantuan dan insentif yang tersedia.

Macam mana nak mula menyimpan walaupun sedikit.

Macam mana nak protect income.

Macam mana nak invest.

Macam mana nak buat keputusan kewangan yang lebih baik.

Dan ya…

“Gaji fresh grad lagi rendah daripada buat Grab.”

Betul.

Tapi ada satu persoalan lagi:

Income itu boleh scale atau tidak?

Pendapatan sebagai gig worker banyak bergantung kepada masa dan tenaga.

Hari ini kerja 10 jam, dapat sekian.

Nak tambah income, mungkin kena tambah lagi jam bekerja.

Tetapi dalam career tertentu, pengalaman, kemahiran dan ilmu boleh meningkatkan earning capacity.

Fresh grad mungkin bermula dengan RM2,000.

Beberapa tahun kemudian RM3,500.

Kemudian RM5,000.

Kemudian RM8,000.

Bukan semua orang akan sampai tahap itu.

Tapi ada pathway untuk income berkembang berdasarkan pengalaman dan skill.

Itulah yang aku rasa kita perlu fikir bila bercakap tentang polisi untuk membantu orang miskin.

Bukan sekadar:

“Apa yang kita boleh bagi kepada mereka sekarang?”

Tetapi juga:

“Apa yang kita boleh buat supaya 10–20 tahun akan datang, mereka tak lagi memerlukan bantuan tersebut?”

Bagi aku, bantuan itu penting.

Subsidi penting.

Access kepada financial products penting.

Tetapi kalau betul-betul nak pecahkan poverty trap, kita kena fikir tentang bagaimana nak tingkatkan:

earning capacity + knowledge + financial capability.

Sebab matlamat akhirnya bukan sekadar membantu orang miskin survive.

Matlamatnya ialah membantu mereka mempunyai kemampuan untuk keluar daripada kemiskinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *