rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

FAQ Pasal Financial Freedom

Sempena sambutan hari merdeka esok, aku nak share soalan-soalan yang orang selalu tanya aku pasal konsep Financial Freedom.

1. Apa sebenarnya Financial Freedom?

Financial Freedom bermaksud kita ada sumber kewangan yang mencukupi untuk tanggung kos kehidupan dan capai banyak daripada matlamat hidup kita tanpa perlu bekerja untuk mendapatkan income.

Bukan maksudnya kena kaya-raya.

Maksudnya, kerja dah jadi optional.

Nak terus kerja, boleh. Nak buat bisnes, boleh. Nak buat kerja yang kita suka walaupun income tak banyak, pun boleh.

Sebab kita dah tak perlu bekerja semata-mata untuk bayar bil setiap bulan.

2. Kena habiskan semua hutang dulu ke baru dikira Financially Free?

Tak semestinya.

Kita masih boleh ada hutang dan pada masa yang sama dah mencapai Financial Freedom.

Contoh:

Total perbelanjaan kita RM10,000 sebulan, termasuk installment rumah.

Kalau aset kewangan kita dah mencukupi untuk sustainably tanggung RM10,000 sebulan tu tanpa kita perlu bekerja, kita masih boleh dianggap Financially Free.

Tak ada hutang memang akan mengurangkan jumlah yang kita perlukan.

Tapi debt-free dan Financial Freedom bukan benda yang sama.

3. Macam mana nak tahu Financial Freedom Number kita?

Secara asasnya ada dua kaedah.

Capital Liquidation Method

Kita gunakan investment return DAN secara berperingkat makan principal kita sepanjang tempoh persaraan.

Sebab tu jumlah yang diperlukan biasanya lebih rendah.

Secara teorinya, duit akan menghampiri kosong pada penghujung tempoh yang kita plan.

Masalahnya, calculation ni sangat bergantung kepada assumption.

Kita hidup sampai umur berapa?

Inflation berapa?

Investment return berapa?

Perbelanjaan masa tua macam mana?

Kalau kita plan duit sampai umur 80 tapi hidup sampai 95, calculation tu dah jadi masalah.

Capital Preservation Method

Untuk kaedah ni pula, kita cuba maintain capital dan hidup menggunakan sustainable returns daripada aset tersebut.

Sebab principal cuba dikekalkan, Financial Freedom Number biasanya akan jadi lebih tinggi.

Kelebihannya, portfolio berpotensi bertahan lebih lama dan mungkin masih ada aset yang boleh ditinggalkan kepada keluarga.

4. Macam mana nak masukkan inflation dalam calculation?

Ni antara kesilapan yang biasa aku nampak bila orang kira sendiri.

Contohnya:

Investment return = 6%

Inflation = 3%

Jangan terus gunakan 6% sebagai return dalam projection.

Sebab RM10,000 hari ni tak mempunyai purchasing power yang sama dengan RM10,000 lagi 20 tahun.

Kita sepatutnya tengok real return atau inflation-adjusted return.

Formula:

Real Return = (1 + Return) ÷ (1 + Inflation) − 1

Jadi:

1.06 ÷ 1.03 − 1 = 2.91%

Bukan sekadar nak tahu,

“Berapa duit aku perlukan sekarang?”

Tapi kita nak tahu,

“Adakah duit ni masih cukup untuk maintain lifestyle aku 20, 30 atau 40 tahun lagi?”

5. Kalau dah Financially Free, kena berhenti kerja ke?

Tak.

Financial Freedom dengan retirement adalah dua benda berbeza.

Financial Freedom bermaksud kita dah tak perlu bekerja untuk duit.

Tapi tak bermaksud kita tak boleh bekerja.

Kalau kita masih suka kerja kita, teruskan.

Kalau suka berniaga, teruskan.

Kalau nak buat sesuatu yang kita minat tanpa fikir sangat berapa income yang kita dapat, buatlah.

Bezanya?

Dulu kita kena bekerja sebab ada bil dan commitment yang perlu dibayar.

Bila dah Financially Free, kita bekerja sebab kita memilih untuk bekerja.

Pada aku, itu sebenarnya antara nikmat terbesar Financial Freedom.

Financial Freedom bukan pertandingan siapa ada RM1 juta, RM5 juta atau RM10 juta.

Yang penting ialah:

Berapa Financial Freedom Number ANDA?

Sebab lifestyle, tanggungan, matlamat hidup dan expectation setiap orang berbeza.

Jadi number setiap orang pun memang takkan sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *