Alhamdulillah.
Buat tahun kedua berturut-turut, saya menerima Diamond Yusuf Award daripada Association of Financial Advisers (AFA) atas pencapaian tahun 2025.
Terima kasih kepada semua klien yang terus memberikan kepercayaan kepada saya dan team di Wealth Vantage Advisory. Hakikatnya, setiap award yang saya terima adalah hasil daripada kepercayaan anda semua.
Semalam, ada seorang prospek yang berminat nak jadi Financial Planner tanya saya,
“Rafiq apa yang perlu dibuat kalau nak berjaya dalam industri ni?”
Jawapan saya mudah.
Kerja kuat.
Konsisten.
Dan yang paling penting… betulkan niat.
Kalau masuk industri ni sebab nak kejar komisen, reward atau nak cepat kaya, saya rasa lama-kelamaan akan penat.
Tapi kalau niat kita nak bantu orang, setiap kejayaan klien akan jadi motivasi untuk kita teruskan.
Bila saya berhenti kerja di TalentCorp dulu, saya bagi diri saya 18 bulan.
Bukan untuk jadi kaya.
Tetapi untuk jawab dua soalan.
Pertama, boleh ke saya survive dalam kerjaya ni? Sebab masa tu saya sendiri belum mencapai financial freedom.
Kedua, adakah ini benar-benar kerjaya yang saya nak buat sampai tua?
Alhamdulillah…
Selepas 18 bulan, saya dah ada jawapannya.
Saya bukan sahaja mampu bertahan, malah saya tahu inilah kerjaya yang saya cari selama ini.
Sebab itu saya dan rakan-rakan mengambil keputusan menubuhkan Wealth Vantage Advisory – WVA
Setiap kali orang tanya saya tentang kerjaya sebagai Financial Planner, saya tak pernah cakap ia mudah.
Malah saya akan cakap…
Susah.
Rejection tinggi.
Ramai yang masih belum faham apa sebenarnya Financial Planning.
Industri pula sangat dikawal selia. Nak kekal kompeten, kena belajar sepanjang hayat. Undang-undang berubah, produk berubah, pasaran berubah, strategi juga berubah.
Tetapi…
Kalau saya diberi peluang untuk memilih kerjaya sekali lagi…
Saya tetap akan memilih kerjaya ini.
Sebab tiada kepuasan yang lebih besar daripada melihat seorang klien yang dulu hidup dengan hutang, tiada simpanan dan risau tentang masa depan…
Kini mempunyai pelan kewangan yang jelas, aset yang semakin berkembang dan keyakinan untuk menghadapi hari persaraan.
Itulah “reward” yang sebenar.
Award hanya datang sekali setahun.
Tetapi melihat kehidupan klien berubah menjadi lebih baik…
Itu kepuasan yang tak boleh dibeli dengan wang.
Terima kasih kepada semua klien, rakan-rakan industri dan team yang sentiasa menyokong perjalanan ini.
Semoga kita dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai financial freedom.
