Dua hari lepas saya jumpa seorang klien.
Business owner dalam industri F&B, umur 56 tahun.
Dia ada dua orang anak yang belajar overseas. Yang sulung baru habis belajar tahun ni, yang kedua pula akan habis tahun depan.
Masa sesi tu, dia tanya saya:
“En Rafiq pernah baca buku Die With Zero?”
Saya jawab, tak pernah baca habis, tapi saya tahu isi utama buku tu dan apa yang penulis cuba sampaikan.
Dan sebenarnya, saya setuju dengan premis utama penulis dalam buku tersebut.
Saya pun dah tulis banyak kali sebelum ni. Kita menyimpan untuk masa depan. Tapi tak bermaksud kita perlu menyeksa diri dalam proses nak sampai ke masa depan tu.
Sebab itu saya kurang setuju dengan konsep FIRE yang terlalu fokus kepada destinasi akhir, tanpa mengambil kira bagaimana seseorang itu menjalani kehidupan sepanjang perjalanan tersebut.
Berbalik kepada klien tadi.
Dia beritahu yang dia sebenarnya dah penat berniaga. Yang menariknya, dia bukan berniaga sebab minat. Dia mula berniaga sebab suami dia yang suruh dulu.
Sekarang bisnes tu dah stabil. Sales pun dah cantik. Ada profit, dah bayar cukai 5 angka setahun. Lokasi pun baik.
Saya cakap dekat dia:
“Kalau you dah tak happy, jual sahaja.”
Bisnes yang bagus biasanya ada pembeli.
Pada masa yang sama, dia ada juga satu rumah kedai yang sedang disewakan pada kadar RM4,000 sebulan.
Kalau dijual dan hutang diselesaikan, dia boleh dapat lebih kurang RM1.1 juta bersih.
Saya cakap dekat dia:
“Kalau letak dalam portfolio yang bagi pulangan 5% setahun pun, dah boleh dapat sekitar RM55,000 setahun.”
Tapi anak sulung dia kata jangan jual.
Nanti boleh collect RM4,000 sebulan.
Saya faham logik anak dia. Selagi ada rumah kedai, boleh disewakan, dan dapat sewa bulan2. Pada dia, rugi jual rumah kedai tu.
Tapi kadang-kadang dalam perancangan kewangan, kita bukan sekadar melihat nombor.
Kita kena tengok juga apa yang nombor itu sedang beli.
Dalam kes beliau, apa yang sedang dibeli ialah kebebasan.
Masa.
Ketenangan.
Peluang untuk hidup ikut apa yang dia mahu.
Saya pun highlight dekat dia, yang dia banyak buat keputusan berdasarkan apa yang orang lain nak dia buat. Atau banyak berfikir pasal orang lain, dan bukan dirinya sendiri.
Kemudian kami berbincang tentang aliran tunai syarikat.
Saya ingatkan dia. syarikat masih membayar sekitar RM15,000 sebulan kepada kedua-dua anaknya yang sedang belajar. Walaupun dulu memang kedua-duanya pernah bekerja dengan restoran, tapi sejak mereka sambung belajar, mereka tidak bekerja dalam syarikat tersebut.
Saya cakap dekat dia,
“Kalau duit ni tak keluar daripada syarikat, kedudukan kewangan you sebenarnya jauh lebih baik daripada yang you sangka.”
Ya, mungkin syarikat perlu bayar cukai lebih sedikit.
Tetapi keuntungan yang tinggal itu juga boleh digunakan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan beliau sendiri.
Malah sebahagian daripada keuntungan tersebut boleh diagihkan kepada beliau dan digunakan untuk mempercepatkan penyelesaian hutang rumah yang masih ada.
Saya cakap dekat dia:
“You need to start thinking about yourself.”
Saya tahu ayat tu mungkin kedengaran pelik.
Terutama bagi seorang ibu yang dah berpuluh tahun meletakkan keluarga di hadapan.
Tetapi pada satu tahap dalam kehidupan, kita perlu bertanya satu soalan yang sukar.
Sampai bila kita mahu terus hidup untuk orang lain?
Saya teringat satu pesanan arwah babah saya.
Dia selalu cakap:
“Tanggungjawab babah adalah memastikan anak-anak dapat pendidikan sehingga ada degree. Lepas tu pandai-pandailah mereka berdikari.”
Saya setuju dengan pandangan itu.
Tujuan kita membesarkan anak bukan supaya mereka bergantung kepada kita selama-lamanya.
Tetapi supaya mereka boleh berdiri atas kaki sendiri apabila tiba masanya.
Di hujung sesi, dia tanya satu soalan lagi.
“Kawan ajak pergi Finland hujung tahun ni. Kos lebih kurang RM22,000. Patut pergi tak?”
Saya terus jawab.
“Pergi.”
Tak perlu fikir dua tiga kali.
Sebab saya tahu dia memang suka travel.
Dulu dia seorang stewardess.
Dan sepanjang sesi tersebut, saya rasa dia lebih banyak bercakap tentang travel berbanding tentang bisnes.
Kemudian kami berbincang tentang apa yang dia nak buat kalau suatu hari nanti dia jual bisnes tersebut.
Dia kata dia suka kerja yang berjumpa orang.
Customer facing.
Hospitality.
Saya terus cadangkan:
“Jadi tour guide.”
Boleh travel.
Boleh jumpa orang.
Boleh buat benda yang dia suka.
Dan kalau ada pendapatan sekali, itu cuma bonus.
Masa dia keluar dari bilik meeting hari tu, saya nampak dia jauh lebih ceria berbanding masa mula-mula masuk.
Dan itu mengingatkan saya tentang satu perkara.
Ramai orang sangka masalah kewangan berlaku bila duit tak cukup.
Sebenarnya ada satu lagi masalah yang saya selalu jumpa.
Duit dah cukup.
Tetapi mereka masih hidup seolah-olah duit itu tidak pernah cukup.
Kadang-kadang, nasihat kewangan yang paling penting bukan tentang bagaimana nak tambah kekayaan.
Tetapi bagaimana untuk menikmati hasil pengorbanan yang telah dibuat selama puluhan tahun.
Sebab ada masanya dalam hidup, matlamat kewangan bukan lagi untuk mengumpul lebih banyak.
Tetapi untuk mula hidup.
