Ni lain macam 50-50 dia…
Selalu orang berdebat pasal 50-50 bil, sewa rumah atau belanja dapur.
Tapi yang ni, bakal pasangan minta 50% daripada semua pendapatan, simpanan dan aset. Siap nak gaji dibahagikan terus ke dua akaun.
Bagi saya, ini bukan lagi perbincangan tentang pembahagian perbelanjaan.
Ini dah masuk kepada struktur pemilikan harta dan kawalan kewangan dalam perkahwinan.
Kalau kedua-dua pihak memang setuju dan faham implikasinya, itu hak mereka.
Tapi kalau seorang menganggap ia perkara biasa, manakala seorang lagi rasa terpaksa, itu petanda mereka masih belum mempunyai persefahaman tentang kewangan.
Ramai orang fokus pada hantaran dan majlis.
Sedangkan perkara seperti perbelanjaan, pemilikan aset, pengurusan pendapatan, hak kewangan selepas berkahwin jauh lebih besar kesannya kepada rumah tangga.
Bincang sebelum nikah. Jangan anggap pasangan mempunyai definisi “50-50” yang sama dengan kita. Sebab rupanya, bagi setiap orang, maksud 50-50 boleh jadi sangat berbeza.
