Ada beberapa benda yang saya nak komen pasal kisah ni.
Ramai terus nampak angka RM400,000 dan terus buat kesimpulan, “Memang tak cukup untuk bersara.”
Bagi saya, kita kena tengok lebih daripada itu.
Kalau kita assume:
Umur bersara: 58 tahun
Simpanan: RM400,000
Pulangan simpanan: 6% setahun
Inflasi: 4% setahun
Pulangan sebenar selepas inflasi lebih kurang 1.92%
Sasaran duit bertahan sehingga umur 70 tahun (12 tahun)
Dengan andaian ini, simpanan tersebut hanya boleh menyokong perbelanjaan sekitar RM3,100 sebulan (dalam nilai sebenar selepas mengambil kira inflasi). Kalau belanja lebih daripada itu, tempoh hayat simpanan akan jadi semakin pendek.
Kalau kita tengok situasi sebenar, duit habis sekitar umur 65 tahun.
Berdasarkan kiraan, itu menunjukkan purata perbelanjaannya lebih kurang RM5,100 sebulan (dalam nilai sebenar).
Maksudnya, perbelanjaan sebenar lebih kurang RM2,000 sebulan lebih tinggi daripada kadar yang membolehkan duit itu bertahan sehingga umur 70.
Ada pula yang kata, “RM2,000 sebulan dah cukup untuk dua orang.”
Saya tak nak masuk perbahasan itu.
Sebab kita tak tahu keadaan sebenar individu tersebut.
Mungkin masih ada ansuran rumah. Mungkin masih bayar kereta. Mungkin masih bayar insurans atau takaful. Mungkin menanggung anak OKU. Mungkin ada kos rawatan kesihatan. Atau mungkin memang gaya hidupnya tidak disesuaikan selepas bersara.
Kita tak tahu.
Yang saya nak tekankan ialah satu perkara.
Dalam persaraan, bukan hanya jumlah simpanan yang penting. Kadar kita mengeluarkan duit daripada simpanan itu pun sama penting.
RM400,000 boleh jadi tak cukup jika setiap bulan keluar RM5,000.
Tetapi RM400,000 juga boleh bertahan hampir 20 tahun jika perbelanjaan sekitar RM2,000 sebulan dengan andaian pulangan dan inflasi yang sama.
Sebab itu, perancangan persaraan bukan sekadar target nak kumpul berapa ratus ribu atau berapa juta.
Yang lebih penting ialah kita tahu:
Berapa sebenarnya kos hidup kita selepas bersara.
Berapa kadar pengeluaran yang selamat setiap bulan.
Dan bagaimana nak sesuaikan gaya hidup supaya simpanan boleh bertahan selama yang kita perlukan.
Kalau tidak, walaupun bersara dengan jumlah yang nampak besar, simpanan tetap boleh habis lebih awal daripada yang kita jangkakan.
