Saya perasan, keperluan seorang usahawan berubah mengikut fasa bisnes.
Pada fasa survival, fokus utama hanyalah satu.
Sales.
Macam mana nak dapat pelanggan, nak cukupkan cash flow dan pastikan bisnes terus hidup.
Kalau ada untung, kebanyakannya dilaburkan semula ke dalam bisnes. Kalau cash flow ketat, owner sendiri sanggup tak ambil gaji.
Itu perkara biasa.
Bila masuk fasa sustainable, bisnes semakin stabil.
Pekerja bertambah. Operasi semakin kompleks. Dah mula fikir pasal payroll, accounting, tax, HR, SOP dan compliance.
Kemudian bila syarikat terus berkembang ke fasa growth, cabaran berubah lagi.
Bukan lagi sekadar nak tambah sales atau urus operasi.
Tetapi persoalan seperti:
• Patut buka cawangan baru?
• Perlu ambil pinjaman atau pelabur?
• Bagaimana nak bina pasukan pengurusan?
• Bagaimana nak buat succession plan?
Namun ada satu perkara yang saya rasa ramai owner terlepas pandang.
Mereka sangat mahir menjana pendapatan melalui bisnes, tetapi tidak semestinya menukarkan pendapatan itu kepada kekayaan peribadi.
Ramai yang hampir semua kekayaannya masih berada dalam syarikat.
Kemudian saya selalu tanya satu soalan.
Kalau satu hari nanti syarikat jatuh macam mana?
Mungkin sebab ekonomi.
Mungkin sebab teknologi berubah.
Mungkin sebab persaingan.
Atau mungkin owner sendiri jatuh sakit dan tidak lagi mampu menguruskan syarikat.
Kalau semua kekayaan kita masih berada dalam bisnes, kesannya bukan sekadar kepada syarikat.
Ia terus memberi kesan kepada kehidupan peribadi dan keluarga.
Sebab itu saya melihat business planning dan personal financial planning sebagai dua perkara yang saling melengkapi.
Bisnes berfungsi untuk mencipta kekayaan.
Personal financial planning memastikan sebahagian daripada kekayaan itu dipindahkan keluar daripada risiko bisnes ke dalam aset yang dimiliki secara peribadi, supaya ia dapat dilindungi, dikembangkan dan akhirnya dinikmati oleh keluarga.
Ramai owner menganggap syarikat adalah pelan persaraan mereka.
Bagi saya, itu terlalu berisiko.
Tiada bisnes yang kebal daripada perubahan.
Syarikat boleh menjadi mesin menjana kekayaan, tetapi ia tidak sepatutnya menjadi satu-satunya tempat kita menyimpan semua kekayaan itu.
