rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Orang berhutang ni jangan sampai pergi pinjam dengan Ah Long”

Aku pernah uruskan beberapa kes orang yang terjerat dengan hutang ah long.

Apa yang aku perasan, kebanyakan orang yang sampai tahap pinjam ah long ni bukan sebab mereka tak tahu risikonya.

Mereka tahu.

Tapi pada waktu itu, mereka dah terlalu terdesak sehingga tak nampak pilihan lain.

Bila dah sampai tahap tu, mereka cuma fikir macam mana nak selesaikan masalah hari ini. Implikasi kepada diri sendiri, pasangan, anak-anak, keluarga dan kawan-kawan dah tak lagi jadi keutamaan.

Sebab itu penting untuk kita urus kewangan dengan betul sebelum keadaan menjadi kritikal.

Sepanjang pengalaman kami, ada yang pinjam ah long kerana berjudi, ada kerana bisnes, dan ada juga kerana mengejar keuntungan melalui forex.

Terus terang aku cakap, kebanyakan kes ini sebenarnya boleh dielakkan jika keputusan yang dibuat lebih berhati-hati.

Kes pertama, seorang yang bukan pun kaki judi.

Sekadar ikut kawan pergi Genting dan cuba nasib.

Mula-mula menang.

Bila menang, rasa yakin.

Bila mula kalah, cuba kejar semula kerugian.

Akhirnya duit habis dan terpaksa pinjam ah long.

Keluarga bantu selesaikan.

Tetapi beberapa ketika kemudian dia mengulangi perkara yang sama. Akhirnya aset yang ada terpaksa dijual dan dia terpaksa membina semula hidup dari kosong.

Kes kedua pula berlaku selepas PKP.

Dia kehilangan kerja tetapi gaya hidup keluarga tidak berubah.

Perbelanjaan diteruskan seperti biasa walaupun pendapatan sudah tiada.

Bila hutang mula bertimbun, dia nampak perjudian sebagai jalan cepat untuk keluar daripada masalah.

Seperti biasa, mula-mula menang.

Kemudian kalah berterusan.

Keluarga simpati dan bantu selesaikan hutang kali pertama.

Tetapi apabila masalah berulang, dia mula meminjam lagi daripada pemberi pinjaman yang kononnya “berlesen”.

Nasib baik jumlahnya tidak terlalu besar dan masih ada ruang untuk diselesaikan.

Kes ketiga pula kisah “mat depo”.

Nak kaya cepat melalui forex.

Masuk kelas, belajar trading, tetapi disiplin tak konsisten.

Untung yang ada tak sempat berkembang kerana banyak kali margin call.

Kad kredit habis digunakan.

Personal loan habis diambil.

Masih belum serik.

Akhirnya pinjam ah long.

Bila gagal bayar, ah long mula mengganggu tempat kerja.

Bos dia sampai sanggup keluarkan duit sendiri untuk membantu selesaikan hutang tersebut.

Malangnya, duit itu tidak digunakan sepenuhnya untuk melangsaikan hutang.

Sebahagiannya digunakan untuk perbelanjaan lain.

Hutang kembali meningkat dan akhirnya bos hilang kepercayaan lalu memberhentikan dia.

Kes terakhir melibatkan bisnes.

Masa bisnes tengah berkembang, perbelanjaan dibuat seolah-olah keadaan baik itu akan kekal selamanya.

Bila jualan mula perlahan, syarikat mula menghadapi masalah aliran tunai.

Gaji pekerja tertunggak.

EPF tak dibayar.

Supplier mula menuntut bayaran.

Dalam keadaan terdesak, pemilik nampak ah long sebagai jalan mudah untuk mendapatkan wang segera.

Hakikatnya, ah long bukan penyelesaian kepada masalah kewangan.

Ia cuma menangguhkan masalah dan selalunya menjadikan keadaan lebih buruk.

Sebab itu dalam perancangan kewangan, fokus utama bukan sekadar mencari lebih banyak duit.

Tetapi memastikan kita tidak membuat keputusan yang menyebabkan kita terpaksa mencari jalan keluar yang semakin sempit.

Bila seseorang sampai ke tahap meminjam ah long, selalunya masalah sebenar bukan kekurangan duit semata-mata.

Masalahnya ialah keputusan kewangan yang dibuat berulang kali sebelum itu.

Kadang-kadang satu keputusan yang salah tidak terus menjatuhkan seseorang. Tetapi apabila keputusan yang sama diulang berkali-kali, akhirnya pilihan yang tinggal semakin sedikit sehingga ah long kelihatan seperti satu-satunya jalan keluar.

Sedangkan pada hakikatnya, ia selalunya jalan masuk kepada masalah yang lebih besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *