Sorry, aku tak setuju.
Bagi aku, kalau ikut tanggungjawab asas dalam perkahwinan, suami memang wajib sediakan nafkah ikut kemampuan dia. Itu tanggungjawab dia.
Tapi masalah sekarang, ramai confuse antara keperluan dengan gaya hidup yang kita nak capai.
Kalau benda asas:
tempat tinggal
makan minum
utiliti
keperluan harian
Suami memang kena usaha sediakan ikut kemampuan dia.
Tapi bila masuk bab:
holiday overseas
makan mahal setiap minggu
rumah nak deco ikut trend
upgrade lifestyle sana sini
Itu dah masuk kategori kehendak. Dan kehendak ni sebenarnya fleksibel.
Kalau suami tak mampu dan isteri taknak contribute, takde masalah pun sebenarnya.
Cuma… jangan paksa lifestyle tu tetap kena jalan.
Nak bercuti?
Suami takde bajet, isteri taknak contribute? Duduk rumah.
Nak makan wagyu?
Tak mampu? Makan mamak dulu.
Nak tukar sofa sebab bosan tengok warna lama?
Tak perlu tukar.
Simple.
Dan lagi satu, ada beza antara:
“tak wajib contribute” dengan “langsung tak pernah nak tolong walaupun mampu”.
Dua benda tu berbeza.
Dalam rumah tangga, kalau semua kira wajib minimum sahaja, memang hubungan jadi sangat transactional.
Sebab perkahwinan bukan semata-mata soal “siapa wajib bayar apa”.
Ia juga tentang toleransi, ihsan, dan sama-sama memahami realiti kewangan pasangan masing-masing.
Kalau suami tengah struggle, dan isteri mampu membantu, itu satu bentuk kasih sayang.
Kalau isteri taknak bantu pun, itu hak dia.
Tapi dalam masa sama, lifestyle kena selari dengan kemampuan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membayar.
