Aku pernah je jumpa beberapa klien yang memang lalui isu yang lebih kurang sama macam cerita ni. Mula2 kewangan keluarga okay jer, tapi lepas beli rumah yang tak mampu sebab selalunya isteri yang nak beli, kewangan keluarga mula jadi haru biru.
Aku agak yang ramai orang akan baca cerita ni dan terus pilih side. Ada yang terus cakap isteri salah. Ada yang terus cakap suami kedekut. Tapi bagi aku, isu sebenar bukan pasal siapa salah semata-mata.
Masalah utama dekat sini ialah expectation dan komunikasi tentang perkahwinan tu sendiri tak pernah betul-betul selari dari awal.
Bila dua orang kahwin, especially dua-dua bekerja profesional dan ada income sendiri, akan wujud satu persoalan penting:
“Macam mana kita nak urus hidup bersama?”
Dan jawapan dia tak semestinya sama untuk semua orang.
Ada pasangan yang memang setuju suami tanggung 100%. Ada pasangan yang split ikut proportion income. Ada yang asing kewangan. Ada yang semua duit campur.
Tak ada satu formula universal.
Tapi apa yang selalu jadi masalah ialah bila expectation tu tak dibincang secara jelas sebelum kahwin… atau masa bercinta semua assume benda akan “automatically jadi okay”.
Dekat sini kita nampak beberapa benda berlaku serentak:
Rumah besar beli based on expectation future contribution
Commitment dibuat guna satu income utama
Lifestyle naik lebih laju dari kemampuan sebenar
Peranan suami isteri tak dipersetujui secara jelas
Bila stress kewangan datang, semua benda lain mula jadi isu juga
Sebab tu dalam banyak kes, masalah kewangan rumah tangga sebenarnya jarang pasal duit semata-mata.
Ia pasal rasa terbeban. Pasal rasa tak dihargai. Pasal rasa pasangan tak bersama-sama pikul beban hidup.
Bila seorang rasa dia tanggung hampir semua:
rumah
kereta
parents
groceries
bil
savings makin habis
…tapi pada masa sama rasa partnership tu tak wujud, mental penat dia lain macam.
Dan benda ni bukan pasal lelaki kena tanggung atau perempuan kena tanggung.
Ini pasal fairness dalam relationship.
Fairness tak semestinya 50-50. Kadang-kadang fairness tu 80-20. Kadang 100-0 untuk satu tempoh.
Tapi fairness biasanya datang bila kedua-dua pihak rasa: “Aku nampak effort pasangan aku.”
Kalau satu pihak rasa semua expectation jatuh dekat dia seorang, lama-lama resentment akan mula terkumpul.
Sebab tu sebelum kahwin, antara perbincangan paling penting sebenarnya bukan tema kahwin, hantaran atau honeymoon.
Tapi:
siapa tanggung apa
target lifestyle macam mana
nak beli rumah berapa mahal
parents support macam mana
kalau ada anak nanti macam mana
savings siapa nak guna bila emergency
expectation kerja rumah macam mana
Ramai orang rasa benda ni “tak romantik” nak bincang sebelum kahwin.
Padahal benda inilah yang menentukan sama ada rumah tangga tu boleh bertahan bila realiti hidup mula datang.
Sebab cinta boleh buat kita excited untuk berkahwin.
Tapi teamwork yang menentukan sama ada kita mampu bertahan selepas berkahwin.
