rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Kewangan bisnes dan kewangan peribadi adalah dua perkara yang berbeza.”

Saya dah cakap benda ni banyak kali dekat klien yang buat bisnes sendiri.

Ramai owner rasa “tak apa” kalau tak ambik gaji sendiri. Kononnya nak bagi bisnes survive dulu.

Masalahnya, bila owner sendiri dah mula guna personal loan, kad kredit, ar-rahnu atau hutang sana sini untuk tampung hidup sebab bisnes tak mampu bayar gaji owner… itu sebenarnya petanda besar yang bisnes tu belum benar-benar sustain.

Bisnes bukan untung kalau semua orang dibayar kecuali owner.

Gaji owner tetap kos operasi.

Kalau bisnes hanya nampak “untung” sebab owner:

tak ambik gaji,

tak claim masa sendiri,

guna duit simpanan sendiri,

topup pakai hutang peribadi,

…itu bukan untung sebenar. Itu owner sedang subsidi bisnes.

Kadang-kadang benda paling susah untuk dibuat adalah terima hakikat bahawa model bisnes kita tak menjadi.

Tapi lagi lama paksa bertahan tanpa kiraan yang betul, lagi besar risiko kewangan peribadi yang akan rosak sekali.

Sebab bila bisnes jatuh nanti:

hutang bisnes mungkin tinggal pada syarikat,

tapi hutang peribadi, personal guarantee, kad kredit dan pinjaman atas nama sendiri tetap ikut kita.

Sebab tu saya selalu pesan:

Masukkan sekali kos gaji owner dalam operasi. Kira untung rugi betul-betul. Asingkan akaun bisnes dan akaun peribadi.

Kalau selepas semua tu masih rugi bertahun-tahun, mungkin yang perlu direset bukan semangat… tapi model bisnes itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *