rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Nak berhenti kerja ke tak?

Antara sebab utama kenapa orang engage saya sebagai financial planner adalah kerana mereka mahukan clarity sebelum membuat keputusan besar yang boleh mengubah hidup.

Contohnya, tahun lepas ada satu pasangan datang berjumpa saya. Si isteri sedang mempertimbangkan untuk berhenti kerja. Mereka sekarang tinggal berjauhan, dan nak cari jalan supaya boleh duduk sekali sebagai satu keluarga.

Nampak macam keputusan yang straightforward.

Tapi sebenarnya, impak kewangan dia besar.

Selepas saya kumpulkan semua data kewangan mereka dan buat analisis, saya bentangkan beberapa senario:

– Apa jadi kalau isteri berhenti kerja terus– Apa jadi kalau dia ambil kerja dengan gaji lebih rendah– Apa jadi kalau dia kekal dalam kerja sekarang

Lepas tengok semua kemungkinan, mereka decide untuk hold dulu.

Baru-baru ni, kami revisit balik perbincangan tu.

Kali ni, saya tak nak hanya tengok simptom. Saya nak faham root cause.

Saya share juga pengalaman peribadi saya.Dalam 10 tahun pertama kerjaya saya, saya tukar kerja sebanyak 5 kali.

Setiap kali saya rasa bosan, saya ingat solution dia adalah:kerja baru, gaji lebih tinggi, environment baru.

Tapi setiap kali juga, saya akan sampai ke titik yang sama.

Tak motivated. Tak excited.

Sampai satu masa, saya berhenti dan tanya diri sendiri:

“Apa sebenarnya masalah aku ni?”

Rupanya bukan bosan.

Rupanya tak ada fulfillment.

Dan selagi benda tu tak diselesaikan, tukar apa pun takkan cukup. Saya ambil masa untuk reflect, berdoa, dan cari jawapan. Bila dah jelas, saya plan exit dari corporate world. Ambil masa 2 tahun untuk betulkan kewangan. Dan bila saya buat keputusan tu, saya dah betul-betul bersedia.

Hari ni, dah lebih 10 tahun saya buat benda yang sama. Saya rasa, saya dah jumpa jawapan saya.

Bila saya share benda ni dengan klien saya, dia mula nampak situasi dia dari perspektif berbeza.

Sebelum ni, logik dia simple:

“Berhenti kerja, pindah ikut suami, sebab dah beli rumah sana.”

Masuk akal. Tapi dari sudut kewangan, tekanan dia tinggi.

Jadi saya tanya soalan yang berbeza:

“Kenapa perlu berhenti dan pindah ke sana?”

Jom kita buang satu-satu variable.

Step 1

Kenapa bukan suami yang cari kerja lebih baik di KL, dan relocate family ke sini?

Rumah tu boleh disewakan atau dijual untuk kurangkan beban.

Family dapat duduk sekali.Kedudukan kewangan mungkin jadi lebih kuat.

Lepas setahun, evaluate balik.

Kalau isteri masih rasa nak berhenti kerja, mungkin isu dia bukan location.

Step 2

Mungkin sebenarnya masalah pada kerja sekarang.

Environment?Gaji?Colleague?Boss?Atau rasa tak dihargai?

Cuba tukar kerja dulu.

Lepas setahun, check balik.

Kalau perasaan tu hilang → mungkin memang kerja tu je yang tak sesuai.

Kalau masih ada → mungkin ini bukan isu kerja.

Step 3

Baru consider career break.

Ambil 1 tahun off — unpaid leave, sabbatical, atau resign.

Bezanya, kali ni dibuat dengan planning.

Ada simpanan.Ada buffer.Ada pilihan.

Kadang-kadang dalam hidup, kita terlalu cepat nak buat keputusan besar untuk selesaikan rasa yang kita tak faham sepenuhnya. Padahal, mungkin kita cuma treat simptom… bukan punca sebenar.

Dan keputusan besar yang dibuat dalam keadaan tak jelas, selalunya datang dengan harga yang mahal.

Clarity tu mahal. Tapi keputusan tanpa clarity… lagi mahal.

Update baru sejak tahun lepas, klien buat keputusan juga untuk berhenti kerja lepas dapat MSS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *