Nampak post ni orang share. Sekali nampak macam pandai kan. Tapi jom check matematik kewangan dia.
Kalau ambik pembiayaan peribadi
Jumlah pembiayaan RM 500,000
Tenure 10 tahun
Profit Rate 3%
Total Profit dalam 10 tahun RM 150,000
Monthly repayment RM 5,416
Kalau ambil pembiayaan rumah biasa
RM 500,000
Tenure 10 tahun
profit rate 4%
Bayaran bulanan RM 5,062
Total profit RM 107,500
Beza ambik pembiayaan rumah dengan pembiayaan peribadi dalam RM 42,500 dalam pembayaran keuntungan dekat bank sahaja.
Tu tak kira bulanan ada beza nak dekat RM 350 sebulan. Kalau simpan dalam ASB RM 350 sebulan untuk 10 tahun tu, dalam lah lagi dalam RM 54,000 lagi…
Sebab kurang ilmu di dada, buat keputusan yang kurang bijak, dan total opportunity cost hilang dalam RM 96,500. Bayar fee aku 10 tahun, still ada balance lebih dari separuh.
Ada yang akan cakap kenapa tak kira pembiayaan rumah tu 35 tahun. Siapa cakap ko kena ambik pembiayaan rumah tu untuk 35 tahun. Nak ambik 5 tahun pun boleh.
