rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Lebih 4,700 orang hilang pekerjaan dalam bulan April 2026

Berita ni nampak macam sekadar “update ekonomi”.

Tapi kalau kita baca betul-betul, dia sebenarnya warning awal.

Dalam laporan The Star, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir maklumkan:

4,708 pekerja hilang kerja dalam 16 hari pertama April 2026. Data ni datang daripada sistem EIS di bawah PERKESO dan Q2 2026 dijangka jadi tempoh mencabar disebabkan kos operasi meningkat, tekanan global dan ketidaktentuan ekonomi.

Bila saya baca berita ni, saya nampak benda ni sebagai warning signal, bukan headline semata-mata.

Ramai orang nampak angka 4,700 dan fikir:

“Ok lah… belum teruk lagi.”

Betul. Memang belum teruk lagi. Tapi dalam ekonomi, retrenchment bukan benda yang datang tiba-tiba.

Mula2, kos naik (minyak, tenaga, bahan mentah) dan

syarikat akan absorb dulu menyebabkan margin makin nipis. Lepas tu syarikat akan freeze hiring, kurangkan bonus, kurangkan perbelanjaan sebelum memutuskan untuk membuang pekerja.

Masalah utama bukan retrenchment. Masalah utama adalah ramai orang hidup dalam keadaan “nampak stabil”, tapi sebenarnya fragile.

Bila gaji masuk setiap bulan, kita rasa secure. Asalkan boleh bayar komitmen bulanan, kita rasa okay. Takde keperluan untuk nak cuba kukuhkan lagi asas kewangan kita.

Tapi bila satu benda berlaku, iaitu income stop. Masa tu baru kita nampak yang simpanan kita tak cukup, hutang kita banyak, dan kita pun sebenarnya takder apa2 back up plan. Memang lah ada EIS, dan mungkin dapat pampasan dari syarikat (kalau diaorang mampu bayar), tapi bila simpanan sendiri takde, memang stress level akan menggunung bila hilang sumber pendapatan.

So apa maksud semua ni untuk kita?

Berita ni bukan untuk kita jadi takut. Tapi untuk kita jadi sedar. Kalau kita bukan antara orang yang dah kena buang kerja, kita kena start audit kewangan kita.

Kalau hari ni:

simpanan kecemasan belum cukup

commitment dah maksimum

income hanya satu sumber

Risiko kita amat tinggi sebenarnya. Dan risiko ni tak nampak selagi income masih masuk.

3 tindakan practical (bukan teori)

1. Emergency fund = priority, bukan “nanti”

Target:

Minimum 6 bulan

Kalau dalam high-risk industry naikkan ke 9–12 bulan

2. Audit lifestyle sekarang

Soalan simple: 👉 “Kalau income stop 3 bulan, apa jadi?”

Kalau jawapan:

kena guna kad kredit

kena pinjam

kena jual aset

👉 itu tanda belum ready

3. Bina income kedua (strategic, bukan ikut trend)

Bukan semua orang perlu jadi business owner. Tapi semua orang perlu ada back up plan.

Contoh:

skill-based freelance

advisory / consulting

digital income

commission-based income

Bottom line

Retranchement bukan tentang “kalau”. Dia tentang “bila” dan “siapa”.

Kita tak boleh kawal ekonomi.

Kita tak boleh kawal keputusan syarikat.

Tapi kita boleh kawal sejauh mana kita bersedia. Kalau kita ignore signal awal macam ni dan kita hanya react bila dah terlambat, takut masa tu dah terlambat untuk selamatkan keadaan.

Kalau kita ambil serius sekarang, insyaallah kita ada masa untuk prepare sebelum wave sebenar datang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *