rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Macam mana nak ganti income RM 6,000 sebulan dalam masa yang paling cepat?

Kalau kita tanya, “macam mana nak ganti income RM6,000 dalam masa paling cepat?”, sebenarnya kita bukan sekadar tanya tentang duit. Kita sebenarnya tanya tentang tekanan, masa, dan survival. Kalau masa ni baru nak dengar nasihat pasal kena ada simpanan kecemasan, dah terlambat.

Jadi jawapan dia tak boleh terlalu “ideal”. Kita kena cakap benda yang realistik dan boleh dibuat sekarang.

Bila kita nak “Cepat” ada harga dia. Kalau nak ganti RM6,000 dengan cepat, ada tiga benda yang kena korbankan sekurang-kurangnya satu:

Masa

Tenaga

Risiko

Kalau tak nak ambil risiko, kau kena letak lebih masa dan tenaga. Kalau tak nak letak masa, kau kena ada modal besar. Kalau tak ada dua-dua, kena hadap realiti, memang akan jadi lambat.

Soalan yang ramai tak tanya diri sendiri

“Kenapa aku nak ganti RM6k ni dengan cepat?”

Jawapan kepada soalan ni penting.

Kalau kau betul-betul nak cepat, jual sesuatu yang orang sanggup bayar sekarang. Sementara tu, cari jalan untuk kurangkan perbelanjaan. Kadang2 kita tak perlukan pun RM 6,000 sebulan tu, tapi sebab kita dah biasa dengan jumlah tu, kita rasa kita perlu ganti dengan jumlah yang sama.

Boleh cuba kurangkan bayaran bulanan (hutang) dengan pergi jumpa AKPK.

Boleh jimatkan perbelanjaan dengan buat bajet dan tengok mana keperluan dan mana kehendak.

Boleh kurangkan simpanan e.g. EPF

Boleh kurangkan cukai yang di bayar ke LHDN

Kalau income RM 6,000 nak di gantikan sebab kena buang kerja, kita bukan perlukan RM 6,000 untuk ganti kalau nak survive.

Kalau income RM 6,000 sebulan (secara standard)

EPF – RM 660

SOCSO – RM 35

PCB – RM 150

Hutang (60% DSR) – RM 3,600

Belanja2 lain – RM 1,555

Ni duit minimum yang perlu untuk survive hidup kalau yang lain dekat atas tu boleh ketepikan buat sementara waktu.

Tapi kalau pergi AKPK pun, mungkin RM 3,600 tu jadi RM 2,000 sebulan.

Jadi jumlah yang perlu cari dalam RM 3,555 sebulan dan bukannya RM 6,000 sebulan. Kalau pendapatan dalam RM 3,555 sebulan jangan risau, tak kena cukai lagi.

Kalau RM 3,555 sebulan, kena cari RM 118.50 sehari dan bukannya RM 200 sehari. Senang sikit kan?

Ini tak kira lagi kita pergi claim EIS dari SOCSO.

Bila kita nampak macam ni, tiba-tiba target tu jadi lebih “boleh nampak jalan”.

Sebab sekarang tekanan tu makin ‘kurang’, nak cari RM 3,555 lagi senang dari nak cari RM 6,000, tarik nafas panjang2 dan fikir langkah2 yang seterusnya.

Berapa bulan duit EIS tu ada? Patutnya 6 bulan.

Dalam masa 6 bulan ni, buat sementara waktu cari lah kerja part time, tak kisah apa2 janji halal. Masa yang sama, apply ke mana2 syarikat yang tengah mencari pekerja. Kalau kita memang ada pengalaman yang orang nak, insyaallah ada jer lah syarikat yang nak ambik kita bekerja

Tu jer yang nak share pasal ni.

Tapi sebelum aku habis, aku nak tahu gak kenapa orang yang respond tu boleh cakap padan muka. Apa sejarah di belakang respon ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *