Beli rumah adalah salah satu matlamat kewangan semua orang. Pada aku tak salah pun nak ada impian untuk beli rumah.
Cuma, dah banyak kali dah aku tengok orang yang terciduk sebab beli rumah melebihi kemampuan.
Kalau sebelum beli rumah tu, kewangan ok, boleh simpan bulan2, duit ada jer dalam bank sampai gaji bulan depan masuk, hutang pun boleh kawal.
Tapi lepas beli rumah yang melebihi kemampuan, semua tu berubah. Benda yang boleh kawal sebelum ni, jadi luar kawalan. Dan isu utama, kalau salah beli rumah, tempoh nak tanggung tu lama… berpuluh tahun. Dan ini akan menyebabkan kewangan kita secara keseluruhannya akan terjejas buat jangkamasa yang lama.
Kalau ikut harga max pembiayaan untuk setiap julat pendapatan (simple 60% dari pendapatan bulanan)
RM 3,000 – Rumah harga RM 350,000
RM 4,500 – Rumah harga RM 600,000
RM 6,000 – Rumah harga RM 750,000
RM 7,500 – Rumah harga RM 1,000,000
RM 9,000 – Rumah harga RM 1,250,000
Kita assume pembiayaan 90%, jadi kena cari 10% deposit.
Kalau ikut amaun boleh pinjam memang boleh beli rumah lagi mahal, tapi kemungkinan besar akan suffer lah kalau majoriti duit kita bulan2 korang allocate untuk satu perbelanjaan sahaja iaitu kos loan / pembiayaan rumah.
Lepas bayar rumah 60%, tolak EPF dengan cukai 20-25%, tinggallah 15-20% untuk semua benda lain.
Jadi boleh jer nak beli rumah yang besar, tapi, bulan2 lepas tu akan struggle untuk nak survive.
Guide aku simple jer, nak beli rumah, jangan lebih dari 30% dari jumlah pendapatan. Guna skala yang sama, ni contoh rumah yang sepatutnya di beli berdasarkan pendapatan kasar bulanan korang.
RM 3,000 – Rumah harga RM 225,000
RM 4,500 – Rumah harga RM 335,000
RM 6,000 – Rumah harga RM 445,000
RM 7,500 – Rumah harga RM 550,000
RM 9,000 – Rumah harga RM 665,000
RM 15,000 – Rumah harga RM 1,100,000
Kalau guna guide ni, memang akan dapat rumah lagi kecik dan mungkin bukan rumah idaman korang, tapi bulan2 korang akan lagi selesa untuk cover semua benda lain.
Robert Kiyosaki cakap, beli rumah untuk duduk adalah satu liabiliti sebab dia tak masukkan duit dalam poket kita.
Tak semua benda aku agree dengan apa Kiyosaki cakap, tapi pada aku, advice dia pasal topik ni relevan.
Terpulang sama ada nak ikut ke tak. Semua ada akal yang Allah bagi kan, kalau rasa ini benda yang betul, ikutlah, kalau rasa ini advice sembang, buatlah apa yang korang rasa patut.
P/S: Kalau nak beli rumah untuk pelaburan, guide dekat atas ni tak boleh digunapakai sebab kena ambik kira sewa yang masuk dsbnya dan ada variable yang lain juga.
