Bunyi macam pelik, tapi ada logiknya. Sebenarnya bukan sebab income diaorang lebih tinggi. Tapi sebab tekanan kewangan diaorang lebih rendah.
Tadi pagi ada sembang2 dengan seorang staff WVA yang tak kerja dkt HQ. Dia work from home sebab ikut husband dia balik kampung. Ingat lagi yang setahun dua lepas dia pindah tu, dia ada hantar mesej yang dia dah berjaya beli rumah sebab rumah dekat sana murah.
Kenapa nampak macam orang dekat kampung lagi ‘kaya’ dari orang bandar?
Dekat bandar, especially macam Kuala Lumpur:
Rumah mahal → loan besar
Tol, parking → kos harian meningkat
Makan mahal → susah nak control lifestyle
Childcare & education → komitmen tetap tinggi
Masa hilang dalam traffic → kos tak nampak, tapi real
Akhirnya, walaupun gaji RM10,000, masih rasa sempit.
Dekat kampung pula:
Rumah jauh lebih murah
Kos asas rendah
Banyak benda tak perlu bayar (tol, parking, etc.)
Support system (family, komuniti) lebih kuat
Jadi walaupun income sama / lagi rendah pun, lebihan tunai (cashflow) lebih besar.
Dan dalam financial planning, “kaya” bukan tentang berapa besar income. Tapi tentang berapa banyak yang tinggal selepas semua komitmen dibayar.
Sebab tu kita nampak:
Orang bandar → high income, low surplus
Orang kampung → moderate income, higher surplus (relative)
Lebih kurang sama konsep macam orang earn USD tapi spend dalam MYR.
Tapi penting juga untuk kita faham:
Bukan semua orang kampung senang. Peluang pekerjaan, akses kepada healthcare, education, semua tu masih lebih limited.
Dan bukan semua orang bandar tertekan. Kalau lifestyle terkawal dan perancangan betul, tetap boleh build wealth.
Kesimpulan dia simple:
Lokasi akan shape lifestyle. Lifestyle akan shape cashflow. Cashflow akan shape wealth.
Bukan semata-mata gaji.
