rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Cadangan beli harga kereta ikut gaji.

Idham Idris share dekat whatsapp screenshot pasal cadangan kenderaan mengikut gaji yang encik Nik ada share. Banyak juga orang komen, share, retweet.

Terus terang, kalau korang ikut guidelines tu dengan gaji yang ada, kebanyakan yang ikut tu, akan tanya

1. Ok tak nak jual kereta lepas setahun beli, loan ada 8 tahun lagi nak bayar ni.

2. Ada orang tak nak sambung bayar, aku tak mampu nak bayar bulan2 dah ni

3. Kalau aku tak bayar kereta ni, apa akan jadi? Kena tarik ke? kena blacklist ke lepas ni?

Kalau guna basic guide untuk tahu harga kereta ikut kemampuan kita iaitu

Gaji kita x 12 bulan = Nilai kereta yang kita mampu pakai dan bela.

Jadi aku revise balik guide yang dia prepare tu.

RM 800 – RM 1,600 = Public Transport / Motor

RM 1,700 – RM 2,200 = Motor / 2nd Hand Axia / Bezza/ Saga

RM 2,300 – RM 2,700 = Motor / 2nd Hand Axia / Bezza/ Saga

RM 2,800 – RM 3,500 = Axia / Saga

RM 3,600 – RM 4,200 = Axia / Saga

RM 4,300 – RM 4,800 = MyVi / Iriz

RM 4,900 – RM 5,500 = MyVi / Iriz

RM 5,600 – RM 7,000 = Persona

RM 7,100 – RM 9,000 = City / Vios / x50 / s70 / Yaris

Gaji bawah RM 9,000 takyah lah nak berangan nak pakai CRV, CX5, kereta Conti bagai.

Ni pendapat aku sebagai seorang perancang kewangan berlesen (dah praktis dekat 10 tahun), dan ada firm aku sendiri lah.

Kalau korang nak ikut, ikut. Kalau tak nak ikut pun, bukan masalah aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *