rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Makan nasi campur dengan teh o ais hari2, sebulan lebih RM 1,000

Tokcin komplen, makan dekat luar mahal. Siap ada sindiran sebab makan luar mahal, macam mana orang yang gaji rendah nak uruskan kewangan.

Jom kita kupas fakta2 berkaitan komplen dia ni.

Fakta 1: Nasi campur sebenarnya tak murah. Macam dekat area ofis aku dekat Desa Pandan, nasi campur boleh RM 10 kalau makan dekat gerai kalau ambik lauk ayam. Tapi kalau aku makan nasi ayam (RM 8.50) dan nasi dengan ayam goreng kunyit (RM 7). Nasi goreng kosong, boleh dapat RM 5. Nak makan luar hari2 pun boleh jer bijak berbelanja. Kalau kurangkan kos makan RM 2 sekali makan, dah jimat RM 4 sehari atau RM 120 sebulan.

Fakta 2: Minum air dekat luar mahal. Dulu masa aku minum air manis setiap kali makan, memang sedar dah harga kena mark up. Paling senang nak nampak, bila minum air tin. Dekat kedai mamak, satu air tin jial RM 3 (kalau dekat cafe mungkin RM 6-9), kalau beli dekat kedai RM 2 lebih. Nak air paling jimat minum air kosong, kadang2 free, kadang2 dia caj. Tapi yang penting sihat. Tak pun bawak botol air pergi kedai makan, percuma, dah boleh save duit. Kalau setiap kali keluar makan, ko minum air kosong (bawak dari rumah), ko jimat RM 3×2 sehari ataupun RM 180 sebulan.

Kalau ko nak makan luar setiap hari, setiap kali makan, jangan komplen gaji kecik. Jangan komplen pasal tak reti urus kewangan, sebab memang ko tak reti pun nak uruskan kewangan ko. Aku pun pernah gaji kecik dulu. Pandai2 lah masak. Ada klien aku, owner syarikat. Tapi dia cakap, sebab dia ada banyak duit nak keluar sebab baby nak lahir, reno rumah, beli kereta, waktu lunch dia, bila staf dia ajak keluar makan atau nak order grab, dia tak join. Bukan takde duit, tapi dia faham kepentingan uruskan kewangan.

Aku tak compare pun dengan masak sendiri, sebab kalau kita tak reti masak, membazir pula beli barang mahal2 nanti. Tapi kalau ko reti uruskan kewangan, boleh jer save RM 300 sebulan walaupun ko makan luar tiap2 hari Tu yang orang cakap pandai2 lah uruskan kewangan.

Kalau nak juga makan RM 1,000 sebulan, jawapan seterusnya, usahalah cari duit tambahan. Skrg ni banyak jer cara untuk dapat duit extra pun. Komplen dekat media sosial ni, takkan ubah keadaan hidup ko langsung. Komplen hari ni, esok lusa sama gak, masih makan luar, masih komplen gaji tak cukup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *