rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Are we truly ‘rich’ now? Yang ada degrees, masters, PhD?

Dr Malar ada share anekdot pasal kawan dia yang pandai belajar, dapat SPM 7As, tapi buat keputusan untuk terus kerja kilang dekat Spore lepas habis SPM sebab boleh dapat duit yang banyak.

Skrg, dah umur 45, kerja jadi security guard.

Point yang dia nak share, education ni penting sebab boleh tolong break poverty cycle.

Aku pernah share pasal ni dah aku setuju dengan pendapat Dr Malar. Aku tak cakap education is the only way nak keluar dari perangkap kemiskinan, jangan salah faham. Tapi dari banyak2 benda yang boleh bantu keluarga keluar dari perangkap kemiskinan, education ni yang paling terbukti akan dapat menolong.

Sebab tu salah satu kategori penerima zakat ni adalah golongan yang nak sambung belajar terutamanya dari keluarga asnaf yang memerlukan bantuan.

Aku sendiri pun ingat, masa kitaorang remaja, arwah Babah pernah cakap dekat kitaorang adik beradik, dia takleh tinggalkan harta benda, tapi dia akan pastikan kitaorang semua akan habis belajar dengan degree supaya kitaorang boleh berdiri atas kaki sendiri.

Tapi, adakah benda yang En. Fendi cakap tu salah?

Pada aku, ni dua benda berlainan. Dr Malar cakap pasal kemiskinan, En Fendi cakap pasal rich atau jadi kaya.

Education pada aku, memang boleh keluarkan kita dari perangkap kemiskinan, boleh ada kerja, dapat gaji setiap bulan, boleh hidup etc, tapi tak semestinya boleh jadi kaya. Part tu betul. Sebab nak jadi kaya adalah benda yang tak di ajar dalam bidang akademik. Part tu kena cari ilmu dengan pengalaman dekat tempat lain.

The concept of higher income yang En Fendi ketengahkan tu pun kurang tepat. Sebab higher income nominal (apa yang kita nampak sekarang ni) tak sama kalau nak compare dengan 50 tahun lepas disebabkan oleh faktor inflasi,. Walaupun orang tu income RM 10,000 sebulan sekarang, kalau ambik inflasi 3%, bersamaan dengan orang yang dapat gaji bulanan dalam RM 2,235.48 sebulan.

Ni isu sebab kenaikan gaji tak baik setara dengan kenaikan kos sara hidup, which pada aku ada topik yang lain dan takde kaitan dengan apa yang Dr Malar cuba sentuh iaitu betapa pentingnya education untuk bantu kita keluar dari perangkap kemiskinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *