Beban paling tinggi ramai orang adalah pembiayaan untuk rumah. Lagi tinggi pembiayaan yang kita ambil, lagi tinggi lah beban dia. Lepas tu jangka masa nak settlekan pun selalunya panjang. Jarang orang ambil tempoh pembiayaan pendek sebab kalau tak kena bayar banyak bulan2.
Tapi pada masa yang sama, ramai juga orang stress sebab kena bayar banyak keuntungan dekat bank sebab dia ambil tempoh yang lama, selalunya, jumlah keuntungan tu secara amnya akan jadi 2x dari jumlah yang kita ambil.
Sebab tu, orang fikir cara macam mana nak settlekan pembiayaan ni dengan cepat. Ada lah plak syarikat bagi servis untuk kira cara nak kurangkan pembiayaan lepas tu caj belasan ribu dekat klien yang kurang kesedaran sebab tak betul2 faham pasal kira2 berkaitan kewangan.
Kita gunakan contoh lah, supaya senang orang nampak.
Katakanlah ada seorang ni buat pembiayaan dengan ciri2 berikut
Jumlah pembiayaan – RM 350,000
Kadar keuntungan – 4%
Tempoh Pembiayaan – 35 tahun
Bayaran balik bulanan – RM 1,549
Jumlah kena bayar balik – RM 650,000 (nak dekat 2x)
Katakanlah dia ada RM 500 sebulan extra untuk nak bayar, apa patut dia buat?
Senario 1 – Tukar tempoh pembiayaan dari 35 tahun jadi 21 tahun dari mula
Benda ni logik kalau dari awal sebenarnya dia tahu apa yang dia mampu sebenarnya.
Kalau dia buat macam tu, hasil dia jadi mcm ni
Jumlah pembiayaan – RM 350,000
Kadar keuntungan – 4%
Tempoh Pembiayaan – 21 tahun (kurang 14 tahun)
Bayaran balik bulanan – RM 2,055 (RM 500 extra)
Jumlah kena bayar balik – RM 518,000 (jimat dalam RM 132,000)
Secara keseluruhan, memang dapat kurangkan jumlah dan tempoh pembiayaan kalau boleh buat macam ni.
Result dia sama jer kalau ambil tempoh pembiayaan 35 tahun lepas tu korang bayar extra RM 500 bulan2 dekat principal.
Senario 2 – Ambil tempoh pembiayaan 35 tahun, duit RM 500 sebulan letak dalam ASB
Kalau ikut senario ni, kita buat assumption ASB dapat bersih 5% setahun (dah siap bayarkan zakat atas dividen – boleh check ASNB punya announcement tahun lepas)
Dengan simpan RM 500 sebulan dalam ASB, lepas 245 bulan, kita akan dapat kumpul RM 210,000
Dalam masa yang sama baki pembiayaan kita tadi lepas 245 bulan, tinggal RM 205,000.
Jadi kesimpulan untuk simpan duit dalam ASB untuk pendekkan tempoh pembiayaan
Jumlah pembiayaan – RM 350,000
Kadar keuntungan – 4%
Tempoh Pembiayaan – 245 bulan (20 tahun 5 bulan)
Bayaran balik bulanan – RM 1,549 (tapi labur RM 500 sebulan dalam ASB)
Jumlah kena bayar balik – RM 502,000 (kira duit yang keluar dari poket untuk 20 tahun 5 bulan, jimat dalam RM 148,000)
Lepas tu ada lah duit lebih dalam RM 5,000.
Senario 3 – guna EPF bukan guna ASB
Kalau guna EPF, maksudnya kita nak guna Akaun 2 dan Akaun 3 untuk nak settlekan (kalau nak guna akaun 1 boleh guna lepas umur 55 atau kalau kita ada lebih dari RM 1.05 juta).
Kalau nak guna EPF, asalkan kita bekerja dan makan gaji dan memang carumah bulanan lebih dari RM 500 sebulan (pekerja dan majikan), mungkin cukup tanpa perlu buat caruman sukarela.
Tetapi ada beberapa isu berkaitan dengan EPF kalau nak guna cara ni.
1. Duit yang kita carum bulan2 tu, tak semua masuk akaun 2 dan 3, cuma 25% sahaja. Jadi untuk nak pastikan RM 500 sebulan masuk kedua2 akaun tu, caruman bulanan kita kena dalam RM 2,000 sebulan dan kalau caruman majikan 12%, gaji kita kena dalam RM 8,700 sebulan.
2. Persoalan dia berapa orang yang gaji dia sampai tahap tu pada umur 25-30 tahun?
Tapi untuk nak buat perbandingan, kita kira juga lah.
Kita guna pulangan 6% setahun untuk EPF
Dalam 240 bulan, boleh ada RM 227,000
Baki pembiayaan lepas 240 bulan jadi RM 209,000
Jumlah pembiayaan – RM 350,000
Kadar keuntungan – 4%
Tempoh Pembiayaan – 240 bulan (20 tahun)
Bayaran balik bulanan – RM 1,549 (tapi labur RM 500 sebulan dalam EPF)
Jumlah kena bayar balik – RM 491,760 (kira duit yang keluar dari poket untuk 20 tahun, jimat dalam RM 158,240)
Secara kesimpulannya, memang boleh jimat tak kisah lah kalau korang bayar lebih bulan2 atau labur duit tu dekat tempat yang bagi pulangan lagi tinggi dari kadar keuntungan pembiayaan rumah korang tu.
Cuma, kalau melabur tu, confirm boleh konsisten tak? Aku tahu kalau hutang, korang kena paksa bayar oleh pihak bank, jadi nak tak nak memang kena konsisten.
Ni bukan nasihat ya, ni cuma nak tunjukkan senario yang berbeza supaya korang boleh nampak apa opsyen yang ada.
