Ni rumusan pendek dari artikel dalan suratkhabar Malay Reserve yang interview aku tahun lepas. Aku share balik dalam BM sebab artikel asal dalam bahasa Inggeris.
1. Tunggu umur 40+ baru nak mula serius simpan untuk bersara
2. Rasa belanja masa bersara nanti mesti jauh lebih rendah (hakikatnya ramai undercalculate)
3. Terlalu bergantung pada EPF / pencen kerajaan semata-mata
4. Portfolio pelaburan sama ada terlalu “safe” sampai duit tak berkembang, atau terlalu agresif sampai terdedah kepada scam & keputusan salah
5. Tak ambil kira inflasi
6. Tak masukkan matlamat lain selepas bersara seperti:
– pendidikan anak
– Haji/Umrah
– hutang yang belum selesai
– perkahwinan anak
– kos perubatan
Antara perkara penting untuk pastikan dana persaraan cukup:
Mula awal
Ada bajet yang realistik
Simpan & labur secara konsisten
Portfolio mesti kalahkan inflasi
Jangan ambil hutang pengguna sesuka hati
Ada perlindungan medical / hospitalization
Review plan sekurang-kurangnya setahun sekali
Paling penting…
Ramai orang bukan tak tahu perlu simpan untuk bersara. Ramai orang cuma terlalu lama tangguh.
Bila muda, rasa lambat lagi.
Bila dah 40-an, baru rasa terkejar-kejar.
Bila dah nak dekat 50, baru mula panic kira EPF cukup ke tak.
Retirement planning ni bukan benda yang kita buat bila kita “ada lebihan duit”. Ia benda yang kita kena masukkan dalam bajet walaupun kita rasa belum selesa.
Sebab kalau tunggu “nanti senang sikit baru nak start”… selalunya nanti tu tak datang-datang.
Kalau korang rasa belum pernah betul-betul kira:
“Kalau aku stop kerja satu hari nanti… duit aku ni cukup ke tak?”
Mungkin itu petanda yang korang patut mula sekarang.
P/S: Gambar dalam article tu…
senyum macam orang kena paksa senyum
.

