rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Mana lagi berbaloi, beli kereta atau guna grab?

Mana lagi berbaloi, beli kereta atau guna grab?

Sebenarnya bergantung kepada penggunaan.

Kalau saya naik grab dari rumah pergi ofis satu hala dalam RM 26. Jadi kalau pergi balik dalam RM 52 sehari.

Kalau naik 5 hari seminggu, dah jadi RM 260 dan kalau sebulan dah jadi RM 920. Ni tak masuk guna grab hujung minggu

Tapi kelebihan guna grab, kalau jem pun aku duduk jer dalam kereta boleh berbalas WhatsApp, email dan lain2. Pada masa yang sama, tak perlu fikir pasal roadtax, takaful kereta, ataupun maintainance.

Kalau saya pakai kereta. Mcm skrg, pakai Perodua Aruz, saya bayar bulan2 RM 400. Maintenance sebab 6 bulan dalam 1,000 (masuk bateri, tayar, minyak hitam, etc), jadi sebulan kalau averagekan jadi RM 167. Road tax dengan insurance dalam RM 1,500 setahun, atau RM 125 sebulan.

Kos bulanan dalam RM 692 sebulan. Petrol dalam RM 400 sebulan. Jadi RM 1192 sebulan. Kalau campur parking, mungkin jadi RM 1300 sebulan. So guna kereta sendiri lagi mahal dari guna grab. Tapi kalau tolak kos bayar kereta bulan2, kos dia lebih kurang sama jer dengan grab dalam RM 900 sebulan.

Cuma, saya boleh guna hari2, bukan sahaja untuk pergi balik rumah. Dan saya tak perlu tunggu untuk grab sampai.

Ni kes saya lah, mungkin tak valid utk orang lain sebab mungkin kereta korang lagi murah / mahal dari apa yang saya pakai.

Tapi kalau nak betul2 jimat, saya akan naik MRT / LRT dan guna grab bila perlu jer. Lagi banyak kos bulanan tu saya rasa dapat diturunkan. Sebab dpt guna pas bulanan RM 50 jer sebulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *