Pertama sekali, nak ucap tahniah dekat semua adik2 yang baru dapat result SPM hari ni.
Untuk yang dapat result yang bagus, tahniah, ada banyak pilihan jurusan yang korang boleh pilih untuk sambung belajar.
Untuk yang results kurang cemerlang, jangan risau, hidup korang baru jer nak mula. Yang penting korang teruskan usaha. Perjalanan korang masih jauh lagi.
Kepada mak bapa, tak kisah lah results diaorang macam mana pun, kalau diaorang dah usaha sebaik mungkin, bersyukurlah, adalah hikmah kenapa results diaorang macam tu.
Balik kepada topik asal, lepas ni korang akan apply masuk uni, tak kisah lah buat foundation ker, matriks ker, diploma ke, tvet ke, dan macam2 lagi. Pilih jurusan mana yang korang nak buat, bukan yang orang tentukan apa korang nak buat.
Skrg ni maklumat semua dekat hujung jari, takde alasan korang takleh buat research pasal mana2 jurusan yang boleh korang ambil, dan apa jenis kerja korang boleh dapat.
Kenapa aku share mcm ni?
Dulu tahun 2014-2015, aku ada buat project untuk menambahkan bilangan akauntan professional Bumiputera dekat Malaysia ni sebab memang ada shortage secara keseluruhan lagi2 lah dari segi Bumiputera punya participation.
Aku pun pergi semua UiTM yang ada kursus akaun dan perniagaan untuk bagi talk sebab nak inform student2 apa kelebihan jadi akauntan professional. Ramai student masa tu ingat, kalau habis degree akaun dan buat professional paper, opsyen kerja dia cuma satu, kena kerja audit firm sahaja. Padahal banyak gile pilihan yang diaorang ada lepas dah habis professional paper diaorang, dan kebolehpasaran dan gaji permulaan pun akan lebih tinggi berbanding orang yang ada degree sahaja.
Kalau tengok screenshot, Nursyafiqa share yang dia menyesal jadi pharmacist. Dia menyesal tak proceed jadi cikgu dulu. Walaupun dia cakap awal2 pasal income tak tinggi, kalau baca betul2, dia rasa income tu tak berbaloi dengan masa yang dia kena habiskan untuk dapat income tu.
Mungkin kalau dia dapat guidance yang betul pasal opsyen karier dia lepas habis SPM mungkin jalan hidup dia jadi berbeza sekarang ni.
Apa yang korang boleh buat sebelum sambung belajar?
1. Buatlah psikometrik test untuk faham diri korang dengan lebih mendalam, tahu apa kelebihan, kekurangan dan kecenderungan korang, lebih ke arah mana. Banyak jer online yang boleh buat secara percuma, tapi jangan buat satu lepas tu ambik results tu secara membuta tuli.
2. Kalau sekolah korang ada sediakan kaunselor kerjaya, bawa result tests korang jumpa dia. Bincang apa jenis jurusan yang sesuai untuk korang sambung belajar.
3. Boleh gunakan AI mcm ChatGPT dan lain2 untuk minta dia summarizekan results korang tu juga. Lepas tu boleh tanya kalau korang proceed dengan jurusan2 yang tertera tu, apa jenis karier yang korang akan lalui, termasuk julat gaji yang bakal diterima.
4. Boleh juga research uni2 atau institusi pengajian tinggi yang mana sesuai untuk jurusan2 yang sesuai dengan korang, dan kos2 berkaitan dan samaada, ada tak bantuan kewangan kalau perlu.
5. Kalau rajin lagi, pergi LinkedIn. Carilah senior2 yang dalam bidang kerjaya yang korang rasa sesuai tu, nak DM diaorang. Selalunya geng2 LinkedIn ni takde isu nak sharing2 pasal haluan kerjaya untuk bantu generasi muda.
Harap tips2 dapat membantu korang dapat pilih jurusan yang betul sebagai langkah pertama korang melangkah ke alam dewasa nanti.
