rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Kalau jadi Perang Dunia Ketiga, kita patut labur duit dekat mana?”

Ni antara soalan yang klien tanya bila jumpa dalam sebulan dua ni.

Jawapan aku simple.

Kalau betul-betul jadi Perang Dunia Ketiga, bukan sekadar konflik dekat satu dua negara, tapi sampai satu dunia terlibat, pada waktu tu, nilai aset yang kita biasa bangga pegang hari ni mungkin dah tak sama macam yang kita bayangkan.

Duit.

Saham.

Crypto.

Emas.

Semua tu mungkin masih ada nilai atas kertas.

Tapi dalam keadaan darurat sebenar, nilai atas kertas tak semestinya sama dengan nilai dalam kehidupan sebenar.

Sebab bila dunia betul-betul huru-hara, yang orang cari bukan semata-mata aset.

Yang orang cari adalah:

makanan

air bersih

ubat-ubatan

tempat perlindungan

keselamatan

akses kepada keperluan asas

Ada yang suka canang:

“Kalau perang besar jadi, simpan emas. Nanti emas naik.”

Mungkin betul. Mungkin. Tapi cuba fikir macam ni.

Kalau ada dua orang datang jumpa korang waktu darurat:

Seorang ada ubat yang keluarga korang sangat perlukan dan seorang lagi nak beli stok makanan yang korang simpan dengan gunakan emas,

Korang rasa orang akan pilih emas tu dulu, atau pilih barang yang boleh terus menyelamatkan nyawa?

Waktu aman, emas memang boleh jadi penyimpan nilai. Waktu inflasi, emas boleh jadi salah satu alat diversifikasi. Tapi waktu darurat yang betul-betul ekstrem, “nilai” berubah ikut apa yang manusia paling perlukan untuk terus hidup.

Itu point dia.

Bukan maksudnya emas tak berguna.

Bukan maksudnya jangan simpan emas.

Dan bukan maksudnya kena jual semua emas yang ada sekarang.

Cuma jangan sampai kita terlalu yakin satu aset boleh “selamatkan” semua keadaan. Sebab dalam krisis sebenar, kadang-kadang:

makanan lebih bernilai daripada emas

ubat lebih bernilai daripada tunai

air lebih bernilai daripada pelaburan

jaringan komuniti lebih bernilai daripada portfolio

Sebab tu bagi aku, kalau nak cakap pasal “persediaan” untuk krisis besar (bukan sekadar Perang Dunia sahaja), fokus bukan sekadar pada apa nak beli.

Tapi fokus pada:

adakah simpanan kecemasan cukup?

ada tak stok keperluan asas untuk keluarga?

ada tak perlindungan takaful / insurans yang sesuai?

hutang terkawal atau tak?

ada tak pelan kalau income terganggu?

portfolio cukup diversified atau terlalu bergantung pada satu aset / satu naratif?

Pelaburan penting. Tapi daya tahan kewangan jauh lebih penting.

Kita sama-sama doa supaya dunia tak sampai ke tahap tu. Tapi kalau nak bersedia, jangan bersedia dengan hype. Bersedia dengan akal, pelan, dan keutamaan yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *