rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Lelaki jangan jadi cikgu, biar perempuan jer yang mengajar.

Lama dah nampak komen ni, cuma tak sampai perasaan nak tulis pandangan pasal topik ni.

Taknak komen pasal kerjaya cikgu. Sebab saya secara peribadi rasa kerjaya cikgu ni kerjaya yang amat mulia, dan amat berterimakasih kepada cikgu2 saya dan semua cikgu2 yang masih teruskan perjuangan untuk didik semua murid2 untuk jadi manusia yang berguna.

Kalau tak komen pasal kerjaya cikgu, nak komen pasal apa?

Bila saya baca komen ni, ada beberapa isu yang berlegar dekat fikiran saya.

Yang pertama, lelaki patut pursue kerjaya gaji lagi tinggi sebab nak sara keluarga.

Setuju, lelaki kena usaha nak sara keluarga. Tapi tak setuju yang jadi cikgu tak boleh sara keluarga. Kenapa kena gaji tinggi jer boleh sara keluarga? Ni fokus dia apa? Kehendak atau keperluan?

Saya ada jer klien yang kerja cikgu yang alhamdulillah, kewangan diaorang takde masalah walaupun gaji takde lah besar sangat. Ada jer aset yang diaorang dapat kumpul, tapi takdelah hidup merana pun keluarga diaorang. Kalau dalam 20 tahun boleh dapat gaji RM 10,000 saja, bersyukur. Ramai jer orang dekat luar sana gaji RM 5,000 lepas 20 tahun pun tak sampai2.

Tapi ada juga yang gaji berpuluh ribu, tapi struggle nak uruskan kewangan bulan2. Tak semestinya gaji kena tinggi untuk nak sara keluarga. Tolonglah buang mindset yang macam tu.

Kedua, nak gaji tinggi kena jadi peguam atau penjual takaful. Term penjual takaful tu salah ya sebab takaful ni bukan under akad jual beli, jadi takleh panggil ejen dia penjual takaful.

Kalau jadi ejen takaful ni, memang sebulan boleh cecah RM 15,000 ke RM 20,000. Tapi berapa ramai ejen takaful yang cecah income bulanan macam tu? Tak ramai pun. Ramai yang nak cecah RM 2,000 sebulan pun struggle (mcm2 sebab), tapi benda tu memang boleh capai kalau orang tu usaha sungguh2, dan Allah permudahkan urusan dia dalam mencari rezeki yang berkat.

Ketiga, kenapa bila guna contoh gaji tinggi tak letak engineer? Sebab engineer ni gaji rendah ke? Tinggi sikit dari cikgu tapi rendah dari jadi peguam atau ejen takaful ke? Kesian geng engineer.

Kenapa aku petik engineer? Sebab kalau ikut statistik, ramai jer lelaki yang ada degree, buat engineering. Sebab topik asal pasal lelaki yang ada degree kan?

Last sekali, nak sara keluarga ni perlu duit yang banyak. Bergantung kepada gaya hidup. Kalau kita uruskan betul tak perlu pun gaji sampai RM 10,000 sebulan untuk hidup. Kalau tak, confirm ramai orang takleh hidup berkeluarga sekarang, sebab kalau T20 tu income dalam RM 13,000 sebulan, maksudnya 20% dari keluarga dekat Malaysia total income dia bawah RM 13,000. Yang lain semua pendapatan dia bawah julat tu.

Aku baru habis present report dkt seorang klien aku ni. Umur 42 tahun, anak seorang. Income bulanan dalam RM 8,500. Isteri bekerja. Tapi dia ada defisit RM 3,300 sebulan.

Macam mana boleh jadi mcm tu?

Belanja hidup iaitu makan, minum semua dalam RM 3,800 jer sebulan. Tapi hutang dekat RM 7,500 sebulan. Termasuk hutang rumah dalam RM 2,600 sebulan. Kalau hutang lain semua takde, bulan2 belanja dia dalam RM 6,400. Jadi dia still boleh simpan dalam RM 2,000 sebulan.

Kesimpulannya, biar lah lelaki nak kerja sebagai apa pun asalkan dari sumber yang halal dan dia dapat tanggung keperluan keluarga dia dan dia happy buat kerja tu. Kalau nak juga lelaki yang gaji tinggi, usahalah untuk cari, tapi tak semestinya yang gaji tinggi tu nak dekat kita kan sebab mesti ramai juga yang nak cari level yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *