rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Insurance companies are basically shyte.

Cik ke Puan Khairunnisa cakap benda ni dalam post dia. Untuk saya, post ni keluar mesti ada sebab, tak satu, nak apply for coverage tak dapat bila memerlukan, ataupun bila ada benda terjadi, nak claim ada isu, takpun beli produk perlindungan untuk pelaburan, lepas beberapa tahun, duit takde sangat pun dalam polisi

Ada ke yang saya terlepas pandang?

Walaupun dia cakap insurance companies, kita assume dia masukkan takaful sekali dalam kemarahan dia.

Satu, dia cakap, take your money in a legal way. Tapi dia tak define legal tu macam mana. Sebagai seorang Financial Planner dan FAR, nak share yang industri insurance dan takaful ni ada kawalselia yang ketat sebenarnya fari pihak Bank Negara Malaysia. Kalau ada apa2 misselling, ada isu yang legit pasal claim yang patut go thru, tapi kena reject etc, boleh jer hantar aduan dekat BNM.

Kalau ikut pengalaman aku, BNM akan layan dan selalunya bila BNM masuk campur, syarikat2 insurance dengan takaful ni akan buat dengan lebih teliti sebab kalau diaorang memang salah, teruk diaorang kena. Penalti boleh sampai berjuta2.

So part yang legal way, rasanya macam kurang valid, sebab nak legal macam mana lagi.

Kedua, yang kaya adalah insurance companies and agents, and dia tak respect agents yang flaunt their wealth. Nampak dengan point ni, macam dia ada isu mungkin dengan agen. Either agen dia sendiri, atau kawan2 dia yang agen yang berjaya.

Just nak share, tak semua agen yang flaunt wealth tu berjaya sebenarnya. Ramai jer yang fake it until you make it. Dulu waktu aku mula dalam industry ni, aku kena pergi training. Dalam training tu, trainer bagitau., kalau nak berjaya dalam industri ni, kena beli suit, beli jam rolex dengan beli kereta merc / BMW. Kalau nak jumpa prospek, jumpa dekat tempat kita boleh park kereta depan kedai supaya dia boleh nampak kereta kita, jadi dia akan lagi percaya kita untuk beli produk yang kita jual.

Selain dari suit (yang aku mmg dah ada sebab kena attend Board Meetings dengan PM6 dulu), yang lain semua aku tak ikut sebab aku tak percaya that’s the only way untuk berjaya

Lepas jadi financial planner, jumpa ramai jer ejen / AM / UM / GAM yang tengah struggle financially sebab lifestyle dan kos of business. Ada ramai jer yang bulan2 top up premium / contribution client sebab dah jada persistency.

Jadi bila kita nampak yang flaunt tu, tak semua dah successful pun. Banyak lagi yang tengah struggle. Tapi kan, kalau diaorang flaunt pun, itu hak diaorang, kalau tak suka geng yang flaunt tu pun, takyah lah ambik diaorang jadi your ejen. Takde paksaan pun.

Anyways, terpulang lah kepada setiap individu apa keputusan kewangan yang korang nak buat. Sebab kalau takde takaful dan apa2 jadi, jangan pula masa tu terlintas dalam fikiran, kalaulah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *