Pernah dengar tak kawan korang, ataupun orang share dekat media sosial statement dekat atas ni?
Ni statement orang yang nak tarik orang buat income tambahan / atau masuk sales / MLM…. aku pernah lah dua tiga kali dengar.
Aku dulu kerja makan gaji gak, dari tahun 2004 sampai 2014. Sempat lah tukar kerja 5 kali, kerja macam2 industri, dan at least sempat kerja luar negara setahun. Merasa lah, dapat naik business class a few times sebab business travel.
Tapi masa tahun 2012, aku rasa kerja yang aku buat tu tak mendatangkan kepuasan dekat aku, dan aku buat keputusan untuk berhenti.
Hanya…..
Aku tak berhenti dalam masa 24 jam lepas aku buat keputusan tu. Aku buat perancangan dulu. Ada beberapa benda aku kenalpasti dulu
1. Berapa belanja aku bulan2?
2. Kalau aku maintain belanja aku bulan2, berapa lama aku dengan keluarga boleh tahan, sebelum aku akan struggle dengan kewangan?
3. Ada tak perbelanjaan yang aku boleh kurangkan, atau buang dari bajet?
4. Macam mana nak buat?
5. Lepas tu, berapa banyak aku kena simpan, kalau aku nak berhenti kerja, dan tak nak pening kepala untuk minimum 2 tahun lepas aku berhenti kerja.
6. Apa perubahan yang aku kena hadap lepas berhenti kerja, macam benefit syarikat dan lain2 lagi.
7. Berapa banyak duit aku perlukan untuk buka company aku sendiri (kalau aku seorang and takde partner)
Aku faham masa tu, masa aku berhenti kerja makan gaji nanti, banyak benda akan berubah. Dan sebab aku betu2 nak fokus 100% dekat apa yang aku nak buat, dan taknak sebab kewangan aku goyah, aku terpaksa stop dari mengejar matlamat yang aku dah set.
Alhamdulillah, walaupun awal2 tu goyah, skrg ni dah nak masuk 12 tahun aku berhenti makan gaji. Company pun dah set up nak masuk 10 tahun, dan ada lah 20++ pekerja yang aku pula bayarkan gaji diaorang dengan partner2 aku. Bulan2 kos gaji dalam 6 angka sebulan.
Jadi, untuk sesiapa yang nak juga ceburi bidang keusahawanan ni, nasihat aku, fikir betul2, buat perancangan yang baik supaya korang ada masa untuk betul2 fokus untuk kejar matlamat yang korang cuba nak capai tu.
