rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Bila Semua Orang Bercakap Pasal Sesuatu Aset, Aku Mula Berhati-hati.

Market ni memang ada naik turun dia.

Emas ke, saham ke, crypto ke… semua ada volatility masing-masing.

Lainlah kalau duit korang dalam ASB, EPF atau Tabung Haji. Nilai prinsipal yang dipaparkan biasanya tak turun naik ikut market setiap hari, tetapi kadar dividen atau hibah yang korang dapat boleh berubah.

Tapi aku perhatikan satu perkara tentang psikologi manusia.

Bila market tengah dekat puncak, semua orang sibuk nak beli. Takut terlepas peluang.

Bila market tengah dekat bawah, semua orang sibuk nak keluar. Takut rugi.

Jadi, untuk aku, ada satu indicator yang aku selalu gunakan untuk tengok mana-mana asset class.

Apa dia?

Bila semua orang dah mula bercakap riuh pasal sesuatu aset, aku akan mula review balik portfolio aku.

Especially kalau aset tu dah naik banyak atau mencatat all-time high.

Masa harga emas naik sampai RM700 segram hari tu, atau masa Bitcoin mencatat all-time high, aku akan mula tengok balik allocation aku.

Perlu ke aku rebalance? Perlu ke aku switch sebahagian keuntungan ke asset class lain?

Bukan bermaksud aku akan terus jual semuanya.

Tapi masa tu aku akan lebih berhati-hati.

Sebaliknya, bila semua orang tengah takut nak masuk atau dah tak bercakap sangat pasal sesuatu asset class, masa tu aku akan mula tengok peluang.

Contohnya tahun lepas, masa isu tariff tengah hangat dan ramai orang takut nak masuk equity market, masa tu aku switch masuk S&P 500.

Again, ini bukan guarantee.

Aku tak boleh claim setiap kali aku buat macam ni, aku akan dapat timing yang tepat.

Tapi setakat ni, aku belum tersangkut dekat pucuk lagi.

Cuma ada satu sebab kenapa aku boleh buat keputusan macam ni.

Aku practice asset allocation.

Bukan semua duit aku letak dalam satu tempat.

Jadi, kalau tersalah timing atau tersalah keputusan, impaknya tak semestinya catastrophic sebab ada allocation lain yang boleh membantu mengimbangi portfolio.

Dan satu lagi, aku juga practice regular savings.

Yang ni memang aku tak cuba time the market langsung.

Setiap bulan, aku fokus untuk menyimpan dan melabur secara konsisten. Cost akan average out dari bulan ke bulan sehinggalah target yang aku tetapkan tercapai.

Bagi aku, ada beza antara:

1. Cuba meneka market untuk dapatkan timing terbaik.

2. Mengurus allocation supaya risiko portfolio terkawal.

3. Menyimpan dan melabur secara konsisten untuk mencapai matlamat.

Ketiga-tiga ni boleh berjalan serentak.

Tak semestinya kita kena pilih satu sahaja.

Sebab akhirnya, tujuan kita melabur bukan untuk menang setiap kali market naik atau turun.

Tujuan kita adalah untuk bina aset dan capai financial goals tanpa mengambil risiko yang kita sendiri tak mampu tanggung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *