rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Harga aset ada masa dia turun. Harga barang pula?

Harga aset memang ada naik, ada turun.

Stock boleh jatuh 20%. Property boleh stagnant atau turun. ETF pun boleh jatuh.

Tapi kos sara hidup?

Secara umum, dia akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

Tak kisah kau jenis minum kopi RM20 atau kopi O RM2. Harga barang yang kita beli hari ini kemungkinan besar tak akan kembali kepada harga 10–20 tahun lepas.

Dulu barang RM1, sekarang RM2.50.

Selalu kita dengar alasan sebab harga minyak naik.

Tapi bila harga minyak turun, harga barang tak semestinya turun balik kepada harga asal.

Sebab itu kita kena terima satu realiti:

Harga barang mungkin naik lebih lama daripada yang kita sangka.

Bukan bermaksud setiap harga akan naik selama-lamanya. Ada barang yang boleh turun.

Tapi secara keseluruhan, inflasi menyebabkan kuasa beli duit kita semakin berkurang.

Jadi kalau gaji kita naik 3% setahun, tapi kos hidup naik 4–5% setahun, sebenarnya kita semakin miskin dari segi kuasa beli walaupun nombor gaji dalam payslip semakin besar.

Sebab itu, kalau mampu, aku memang lebih suka seseorang biasakan diri hidup di bawah kemampuan income dia.

Bukan sebab kita kena kedekut.

Tapi sebab kita tak tahu sama ada income kita akan sentiasa naik lebih cepat daripada kos hidup.

Dan pada masa yang sama, kita kena bina aset.

Sebab aset yang diuruskan dengan baik mempunyai peluang untuk berkembang lebih cepat daripada inflasi dalam jangka panjang.

Sampai satu tahap, kita tak lagi bergantung sepenuhnya kepada kenaikan gaji untuk mengekalkan gaya hidup.

Aset yang kita kumpul mula bekerja untuk kita.

Ini juga antara sebab kenapa kita boleh nampak fenomena yang sering disebut sebagai K-shaped economy.

Golongan yang sudah mempunyai aset mungkin masih boleh maintain lifestyle walaupun kos hidup meningkat.

Contohnya, kalau kos hidup naik 5%, tetapi nilai portfolio dan income daripada aset berkembang lebih tinggi dalam jangka panjang, kenaikan kos barang mungkin kurang memberi tekanan kepada mereka.

Tapi bagi orang yang hampir semua income datang daripada gaji dan hampir tiada aset, kenaikan harga barang terus makan ke dalam disposable income.

Gaji naik, tapi kos rumah naik.

Gaji naik, tapi makanan naik.

Gaji naik, tapi childcare, education, insurance, transportation dan macam-macam lagi naik.

Akhirnya, gaji naik tetapi ruang untuk bernafas tak semestinya bertambah.

Dan ini juga sebab kenapa business yang banyak bergantung kepada B40 dan lower M40 mungkin menghadapi cabaran yang berbeza.

Bukan semestinya customer tak mahu beli.

Tetapi bila semakin banyak income mereka diperlukan untuk cover keperluan asas, semakin kecil bahagian yang tinggal untuk discretionary spending.

Sebab itu bagi aku, financial planning bukan sekadar:

“Macam mana nak dapat return paling tinggi?”

Lebih penting ialah:

Macam mana nak bina kewangan yang masih boleh bertahan apabila kos hidup terus meningkat?

Control lifestyle.

Bina surplus cash flow.

Bina emergency fund.

Kurangkan hutang yang tak perlu.

Dan secara konsisten, tukarkan sebahagian daripada income kepada aset.

Sebab kita tak boleh kawal harga barang.

Kita tak boleh kawal inflasi.

Kita tak boleh pastikan gaji kita naik lebih cepat daripada inflasi.

Tapi kita masih boleh kawal berapa banyak daripada income kita yang kita habiskan hari ini, dan berapa banyak yang kita tukarkan menjadi aset untuk masa depan.

The question you should have asked:

Kalau kos hidup aku naik 4–5% setahun, adakah income dan aset aku sedang berkembang cukup cepat untuk mengekalkan purchasing power aku 10–20 tahun dari sekarang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *