rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

TAK PERLU VIRAL PUN. CUSTOMER AKAN DATANG BALIK.

Alang-alang dah dekat tadi, terus decide nak singgah makan dekat Nasi Kukus Ilham.

Aku mula makan dekat sini sejak 2007.

Masa tu colleague dekat PwC yang ajak. Sampai sanggup datang dari KL Sentral semata-mata nak makan sini.

Pernah juga aku cuba dua tiga tempat lain, konon nak compare.

Last-last…

Datang sini balik juga. 😂

Makanan dia sebenarnya teramat simple.

Nasi kukus. Ayam. Kuah. Sambal.

Tapi sedap.

Dulu aku makan RM4.50 satu bungkus.

Hari ni RM8.50.

Harga dah naik hampir dua kali ganda dalam hampir 20 tahun, tapi customer masih beratur.

Tadi aku sampai sebelum 11.30 pagi.

Pukul 12.05 baru dapat makanan.

Dan masih ramai orang.

Aku sendiri dah hampir 20 tahun jadi customer.

Itu yang aku panggil brand loyalty.

Bukan sebab kedai ni viral.

Bukan sebab ada konsep pelik-pelik.

Bukan sebab owner kena menari dekat TikTok.

Bukan sebab ada cabutan bertuah setiap minggu.

Dan bukan sebab panggil influencer datang review, kemudian sebenarnya kita bayar dia untuk cakap makanan kita sedap. 😂

Pada aku, konsep nak berniaga atau provide service sebenarnya tak complicated sangat.

Buat benda yang customer datang kepada kita untuk dapatkan.

Buat dengan baik.

Jaga kualiti.

Jaga consistency.

Jaga customer.

Dan bila harga kena naik, make sure value yang customer dapat masih berbaloi dengan harga tersebut.

Sebab kalau customer puas hati, dia akan datang balik.

Dan bila dia datang balik berkali-kali selama bertahun-tahun…

kita tak perlu kejar customer baru setiap hari.

Customer lama kita sendiri yang akan sustain business kita.

Marketing memang penting.

Branding memang penting.

Social media pun penting.

Tapi jangan sampai kita terlalu sibuk fikir macam mana nak dapat customer baru, sampai terlupa benda paling basic:

Macam mana nak buat customer yang dah datang, nak datang balik?

Nasi Kukus Ilham mungkin tak perlukan aku untuk review dia.

Aku dah review secara automatik sejak 2007.

Dengan cara paling mudah:

Aku datang makan lagi. 😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *