rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

RM15,000 dalam Tabung Haji. Kena cukup ke? Kena simpan untuk anak dari sekarang ke?

Sejak Tabung Haji buat announcement hari tu, banyak juga soalan daripada klien.

“Berapa patut letak dalam Tabung Haji?”

“Anak kecil kena simpan siap-siap ke?”

“Kalau sekarang belum cukup RM15,000 macam mana?”

Pada aku, kalau memang ada niat nak pergi haji, RM15,000 tu boleh dijadikan satu target kewangan.

Bukan sebab RM15,000 tu automatik menjamin kita dapat pergi.

Tapi sebab kita kena ada persediaan kewangan sebelum sampai masa kita dipanggil.

Kalau ikut angka 2026, kuota haji Malaysia sekitar 31,600 jemaah setahun.

Dan berdasarkan laporan yang keluar, sekitar 80% pendeposit Tabung Haji mempunyai simpanan bawah RM15,000.

Jadi kalau polisi RM15,000 itu benar-benar menjadi syarat untuk tawaran haji selepas 31 Disember 2028, aku jangka akan ada sebahagian besar pendeposit yang belum mencapai jumlah tersebut.

Pada masa yang sama, bukan semua orang yang ada RM15,000 akan terus pergi.

Ada yang mungkin sudah pernah pergi.

Ada yang belum bersedia.

Ada yang tak sihat.

Ada yang atas sebab tertentu tak dapat menerima tawaran.

Jadi secara kasar, aku boleh bayangkan mereka yang sudah ada RM15,000 selepas 31 Disember 2028 mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil dalam beberapa tahun pertama selepas itu.

Tapi ini tetap anggaran.

Bukan janji Tabung Haji.

Sebab kita tak tahu macam mana kuota, polisi dan senarai giliran akan berubah nanti.

Jadi kalau memang ada niat nak pergi haji, daripada tunggu sampai dapat tawaran baru nak fikir duit…

baik kumpulkan dari sekarang.

Contohnya, kalau target RM15,000 dalam 2½ tahun:

RM15,000 ÷ 30 bulan = RM500 sebulan.

Bila dah ada target, kita boleh masukkan dalam financial plan.

Bukan tunggu duit “lebih” baru simpan.

Untuk anak-anak pula, aku tak rasa ibu bapa perlu paksa diri kumpulkan RM15,000 untuk setiap anak dari sekarang.

Kalau anak masih kecil, banyak lagi perkara yang perlu diutamakan.

Bila mereka dah dewasa dan mula bekerja, ajar mereka supaya mereka sendiri mula kumpulkan duit untuk haji.

Sebab akhirnya, ibadah itu tanggungjawab mereka juga.

Ibu bapa boleh bantu.

Boleh ajar.

Boleh tunjuk contoh.

Tapi tak semestinya semua benda kita kena sediakan untuk anak sampai mereka dewasa.

Financial planning bukan sekadar memastikan anak kita cukup duit.

Kadang-kadang financial planning juga bermaksud membina anak yang tahu bagaimana nak urus duit sendiri.

Kalau memang target nak pergi haji, letakkan RM15,000 sebagai salah satu financial target.

Start awal.

Simpan konsisten.

Jangan tunggu duit banyak baru nak mula.

Sebab RM500 sebulan selama 30 bulan mungkin nampak kecil.

Tapi RM15,000 yang perlu dicari sekaligus…

itu baru terasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *