rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

RM15 jer tuition fee aku pagi ni.

Pagi tadi aku bawak kereta wife pergi office sebab dia nak guna Aruz untuk ambik 5 ekor kucing dari boarding.

Kereta dia Axia. Sempit sikit nak angkut semua sekali. 😅

Bila tukar kereta, baru perasan banyak benda kecil yang selama ni aku buat secara automatic.

Kalau guna Aruz, masuk tol aku jalan jer masuk SmartTAG. Semua dah ready.

Guna Axia, kena ambik kad dan letak dekat SmartTAG setiap kali lalu tol.

Parking pun sama.

Dengan Aruz, park, tutup enjin, terus naik office.

Axia pula kena ingat tutup lampu dulu.

Dan pagi tadi…

Aku lupa. 😂

Balik nak guna kereta, bateri dah drain.

Nasib baik ada mechanic berdekatan. RM15 settle jump start dan tak bazir banyak masa.

Tapi benda tu buat aku terfikir.

Setiap kali keadaan berubah, kita kena review semula apa yang kita selama ni assume akan berjalan seperti biasa.

Jangan assume semuanya okay hanya sebab sebelum ni semuanya okay.

Pagi tadi dekat office aku jumpa satu klien.

Dia ada sebuah condo yang dibeli lebih kurang 13 tahun lepas.

Harga beli: RM529,000

Loan + maintenance sekarang lebih kurang RM3,000 sebulan.

Ada penyewa yang bayar sekitar RM2,000 sebulan, jadi klien kena top up lebih kurang RM1,000 sebulan.

Klien pula duduk overseas.

Penyewa dah lama duduk situ, jadi dia assume rumah tu dijaga dengan baik.

Lagipun, kalau dia sendiri menyewa rumah orang, dia memang jenis yang akan pulangkan rumah dalam keadaan yang baik.

Masalahnya…

Bila penyewa bagitahu nak keluar tahun depan dan klien pergi tengok rumah bersama REN, baru dia terkejut.

Banyak benda dah rosak.

Lagi terkejut bila REN estimate market value rumah tersebut sekitar RM430,000.

Beli RM529k.

Dah bertahun-tahun bayar loan.

Setiap bulan masih kena top up rental shortfall.

Kalau jual sekarang pun, masih perlu top up lebih kurang RM18,000 untuk settle loan.

First reaction mereka?

“Kalau jual sekarang rugi…”

Understandable.

Tapi sebelum buat keputusan, mereka agree untuk duduk dan tengok numbers dengan financial planner dulu.

Jadi kita buat dua scenario:

Maintain rumah

vs

Sell sekarang dan redirect RM1,000 sebulan yang selama ni digunakan untuk top up rumah tersebut.

Kalau maintain, loan masih berbaki lebih kurang 25 tahun.

RM1,000 sebulan × 12 bulan × 25 tahun = RM300,000 lagi yang perlu dikeluarkan daripada poket sendiri.

Itu belum kira kemungkinan rumah kosong tanpa penyewa, repair, kenaikan maintenance, special assessment dan kos-kos lain.

Selepas 25 tahun, mereka akan ada sebuah condo yang hari ini bernilai sekitar RM430,000.

Sekarang kita tengok scenario kedua.

Kalau jual, memang kena top up lebih kurang RM18,000 sekarang.

Sakit.

Tapi selepas itu, RM1,000 sebulan yang selama ni digunakan untuk subsidise property tersebut boleh dialihkan kepada investment lain.

Katakan RM1,000 sebulan dilaburkan selama 25 tahun dengan purata pulangan 5% setahun.

Jumlah duit sendiri yang dimasukkan:

RM300,000

Nilai selepas 25 tahun?

Lebih kurang RM596,000.

Dan itu belum mengambil kira duit yang mungkin perlu dikeluarkan untuk repair atau tempoh rumah tak ada penyewa kalau property tersebut dikekalkan.

Bila tengok macam ni, persoalannya bukan lagi:

“Aku dah rugi berapa banyak dekat rumah ni?”

Persoalan yang lebih penting ialah:

“From today onwards, option mana yang memberikan outcome kewangan yang lebih baik?”

RM 120,000 yang dibayar dulu tu sejarah.

Market tak kisah kita beli berapa.

Bank pun tak kisah berapa banyak kita dah bayar.

Kita tak boleh ubah keputusan 13 tahun lepas.

Tapi kita boleh decide apa nak buat dengan duit kita untuk 25 tahun akan datang.

Dalam investment, especially property, kita tak boleh terlalu attach dengan harga yang kita beli dulu.

Dulu mungkin ramai rasa beli property mana-mana pun, pegang lama-lama, InsyaAllah untung.

Sekarang tak semudah itu.

Location kena betul.

Harga masuk kena betul.

Rental yield kena masuk akal.

Property kena dijaga.

Cashflow kena monitor.

Dan investment kena review dari semasa ke semasa.

Macam aku dengan Axia pagi tadi.

Aku assume cara guna kereta tu sama macam Aruz.

RM15 jer tuition fee aku pagi ni. 😂

Dalam financial planning, kalau kita terlalu lama assume “everything is okay” tanpa tengok balik numbers…

tuition fee dia mungkin jauh lebih mahal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *