Pernah ada seorang client saya, business owner.
Masa MCO dulu, business dia meletup. Sales naik gila-gila.
Sampai buka 3 branch.
Beli bangunan.
Kereta semua pakai luxury cars.
Masa awal-awal boleh travel, terus naik First Class pergi London pergi-balik.
Tak salah pun nak enjoy.
Masalahnya, dia mula menganggap keadaan business masa tu sebagai sesuatu yang normal.
Padahal sebenarnya, business dia tengah berada di peak.
Tak sampai setahun kemudian…
Setiap bulan dah deficit RM40,000.
Duit yang dikumpul masa business tengah booming dah habis.
Hutang pula dah keliling pinggang. Komitmen terlalu tinggi.
Dan saya masih ingat, dia pernah jual 4 biji kereta dalam masa seminggu.
Bukan sebab nak upgrade. Sebab nak survive.
Sebab tu bila saya jumpa business owner, antara benda yang saya selalu tekankan ialah:
Business income tak semestinya straight line.
Ada masa business tengah top.
Ada masa business slow.
Ada masa sales naik mendadak.
Ada masa kita sendiri kena inject duit dalam business.
Berbeza dengan orang makan gaji.
Setiap bulan gaji masuk.
EPF masuk.
Income mungkin naik perlahan-lahan, tapi lebih predictable.
Business owner pula, masa tengah top tu kita kena beringat.
Jangan terus naikkan lifestyle.
Jangan tambah hutang sesuka hati.
Jangan anggap income bulan ni akan sama dengan income 5 tahun lagi.
Sebab kita tak tahu sampai bila business kita akan berada di top.
Saya jumpa seorang business owner-client hari ni untuk present financial plan, sambil catch up tengok progress business dia.
Tengah discussion, dia tanya:
“Macam mana keadaan personal finance aku sekarang?”
So kita tengok balik data yang ada.
2 tahun lepas, personal net worth dia lebih kurang RM150,000. Itu pun tak termasuk nilai syarikat.
Hari ni?
Lebih kurang RM600,000. Again, tak masuk nilai business.
Yang menariknya, kenaikan ni bukan sebab dia buat investment yang luar biasa. Mostly datang daripada benda yang simple.
EPF masuk setiap bulan melalui gaji.
Savings masuk ASB.
Dan yang paling penting, dia konsisten.
Business mungkin ada naik turun. Tapi personal financial position dia semakin kukuh.
Itu sebenarnya yang saya nak tengok untuk business owner.
Bukan sekadar:
“Business aku untung berapa?”
Tapi:
“Berapa banyak daripada kejayaan business aku yang akhirnya menjadi personal wealth?”
Sebab business adalah sumber income.
Tapi personal assets adalah tempat kita membina financial security.
Masa business tengah bagus:
Enjoy boleh.
Reinvest dalam business boleh.
Tapi jangan lupa ambil sebahagian untuk bina personal wealth.
Simpan.
Invest.
Kurangkan unnecessary debt.
Build your personal balance sheet.
Supaya kalau satu hari nanti business tak lagi berada di “top”…
at least kita tak start from zero.
Sebab kalau business jatuh 50%, lifestyle kita tak sepatutnya jatuh 50% sekali.
That, to me, is one of the biggest differences between having a successful business…
and being financially secure because of that business.
