rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Ejen hartanah dituduh gelap mata kejar komisen

Gaji RM6,000 sebulan.

Kalau ikut guideline yang selalu digunakan, komitmen pembiayaan rumah sekitar 30% daripada pendapatan, jadi lebih kurang RM1,800 sebulan.

Sekarang kita tengok contoh ini.

Rumah berharga RM500,000.

Downpayment 10% = RM50,000.

Campur anggaran kos pindah milik, guaman dan lain-lain sekitar 5%.

Kalau jumlah pembiayaan sekitar RM475,000 untuk tempoh 35 tahun pada kadar 4%, ansuran bulanan lebih kurang RM2,100.

Ya, ia melebihi guideline tadi.

Kalau pasangan ini datang kepada aku dan tanya sama ada patut beli atau tidak, jawapan aku mungkin lebih dekat kepada “tidak” daripada “ya”.

Bukan sebab rumah itu tak bagus.

Tetapi sebab keputusan membeli rumah adalah komitmen yang mungkin perlu ditanggung selama 35 tahun.

Belum masuk lagi kos-kos sebagai pemilik rumah.

– Renovation.

– Perabot.

– Maintenance.

– Cukai pintu.

– Cukai tanah.

– Insurans rumah.

– Yuran penyelenggaraan (jika strata).

– Kos pembaikan yang tak dijangka.

Semua ini akan memberi kesan kepada cash flow bulanan.

Ada kemungkinan mereka masih mampu membayar ansuran rumah, tetapi kehidupan harian menjadi semakin sempit kerana terlalu banyak pendapatan digunakan untuk rumah.

Tetapi…

Adakah adil untuk terus mengatakan ejen hartanah itu “gelap mata” sebab nak kejar komisen?

Komisen kasar 3% bagi rumah RM500,000 ialah sekitar RM15,000.

Itu pun belum tentu jumlah yang masuk ke poket ejen.

Masih ada kemungkinan perlu berkongsi dengan agensi, negotiator lain melalui co-broking, serta menanggung kos pemasaran dan operasi.

Pada pandangan aku, kita kena bezakan dua perkara.

Kalau ejen menyembunyikan fakta, memaksa pelanggan atau sengaja menggalakkan pelanggan mengambil komitmen yang jelas di luar kemampuan, itu memang wajar dikritik.

Tetapi kalau ejen hanya menunjukkan pilihan rumah, menerangkan proses pembelian, dan akhirnya pembeli sendiri membuat keputusan selepas memahami risikonya, aku rasa kurang tepat untuk terus melabel mereka sebagai gelap mata.

Akhirnya, membeli rumah adalah keputusan kewangan yang besar.

Tanggungjawab untuk memastikan keputusan itu sesuai dengan kemampuan kewangan bukan hanya terletak pada ejen, tetapi juga pada pembeli sendiri.

Sebab yang akan membayar ansuran selama 35 tahun bukan ejen, tetapi pembeli itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *