rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Rasa macam tak valid LHDN nak korek angka-angka lama”

Terbaca post ni sebab ada orang share. Lepas tu pergi tengok komen, banyak yang sokong apa yang penulis tulis tapi ada juga yang bagi komen yang sebaliknya.

Pada aku benda ni straightforward, kalau nak buat bisnes kena faham betul-betul, dan kalau tak faham, sila engage orang yang faham dan boleh advice kita betul-betul supaya benda macam ni tak jadi di masa akan datang.

Pertama, sales tak sama dengan profit. Benda ni betul. Sales yang tinggi tak semestinya profit kita tinggi.

Ada jer bisnes yang sales dia berjuta-juta, tapi profit kecik sebab memang margin dia kecik.

Tapi kita tak kena cukai berdasarkan sales, tapi kita kena faham apa perbelanjaan yang boleh tolak supaya pengiraan profit kita tu betul.

Syarikat aku pernah tak dapat tolak belanja bayar google untuk email dengan shared drive sebab finance terlupa nak bayar withholding tax. Jadi telan jer lah takleh tolak tu (ni dah masa kena audit dah)

Kedua, profit pula tak bermaksud cash dalam tangan. Ada klien pernah komplen yang bila accountant buat managent account dia, tunjuk profit ada RM 400,000. tapi dia cakap dalam bank account ada RM 140,000.

Celah mana datang lagi RM 260,000.

Kita suruh dia bertenang dulu, dan go thru management account dia sama-sama.

– Ambil dividen RM 120,000 (kena add back kepada profit)

– Stok yang tak terjual lagi sebelum akhir tahun (tahun pertama company, jadi stok awal takde) – RM 100,000

– Buat renovation untuk ofis, belanja banyak (memang cash keluar banyak), tapi tak semua boleh tolak dari profit, cuma capital allowance yang dibenarkan untuk tahun tu sahaja – RM 40,000

*Angka2 ni anggaran (seingat aku, sebab kes dia dah lama dah)

Jadi memang banyak bisnes owner tak betul-betul faham beza profit (yang kena declare) vs duit dalam tangan.

Ketiga, banyak juga owner guna duit syarikat macam duit sendiri. Memang syarikat kita, tapi dari segi LHDN, benda tu kena declare.

Pernah tengok owner beli Banglo lepas tu charge monthly repayment dekat bank dalam company accounts dia. Ada juga charge baju2 fesyen yang dia dok beli tiap2 bulan, handbag, barang kemas dengan alasan semua tu untuk nak naikkan sales.

Apa-apa perbelanjaan yang korang takleh betul-betul justify, bila kena audit nanti, LHDN akan reverse dan sebab tu nanti kena bayar cukai dan penalti yang tinggi.

Bila company aku kena audit, LHDN cakap ada lebih RM 1 juta lebih perbelanjaan yang tak boleh tolak, tapi lepas kita bagi semua supporting document, alhamdulillah, hampir kesemua diterima oleh pihak LHDN, jadi kena bayar cukai dengan penalti dalam RM 500 jer.

Kesimpulannya,

Kalau kita buat benda betul dari awal, insyaallah benda-benda macam ni kita dapat lalui.

Alasan sebab bisnes sekarang tak okay, bukan alasan yang boleh diterima sebab benda tu kita patut settlekan sebelum ni.

Untuk bisnes2 owner yang tak kena lagi, atau baru bermula, pergilah cari akauntan yang bertauliah yang boleh advice korang untuk manage kewangan syarikat dengan betul. Kos tak tinggi pun berdasarkan pengalaman aku.

Biar bayar sikit2 dekat akauntan tiap2 tahun dari bayar banyak dekat LHDN bila kena audit nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *