rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Ramai orang sekarang share pasal business owner / entrepreneur yang jatuh, bisnes lingkup, hutang berjuta, kena start balik dari kosong.

Ada yang target nak settle hutang dalam 6 bulan. Ada yang terus buka bisnes baru sebab nak cover balik kerugian lama.

Aku tengok benda ni dari perspektif yang agak berbeza.

Aku bukan business coach. Aku juga bukan entrepreneur influencer.

Aku cuma seorang Licensed Financial Planner yang kebetulan banyak deal dengan business owner. Ada yang SME kecil, ada yang company dah buat juta2 sales setahun. Pada masa sama, aku pun ada bisnes sendiri — ada office, staff, komitmen, overhead dan macam2 lagi benda belakang tabir yang orang luar tak nampak.

Dan bila aku tengok pattern bisnes yang gagal, sebenarnya banyak benda berulang.

Bukan sebab “rezeki takde”. Bukan semata2 sebab “ekonomi teruk”. Kadang2 punca dia lebih asas dari tu.

1. Takde perancangan yang jelas dari awal

Ramai mula bisnes dengan semangat.

Nampak peluang. Nampak orang lain berjaya. Nampak sales masuk.

Tapi tak pernah duduk betul2 fikir:

Apa objective sebenar bisnes ni?

Berapa lama runway kewangan ada?

Worst case scenario macam mana?

Berapa modal hangus yang sanggup rugi?

Apa exit plan kalau benda tak jadi?

Kita terlalu optimistik semua akan berjalan lancar.

Hakikatnya, bisnes bukan sekadar “kalau rajin mesti jadi”.

2. Expand terlalu cepat

Ni antara benda paling common aku nampak.

Bila sales mula naik sikit, terus nak buka branch. Nak ambil office besar. Nak tambah staff ramai. Nak masuk market baru. Nak buat macam2.

Sebab kita fikir: “Kalau sekarang untung RM20k, expand mesti boleh jadi RM100k.”

Tapi realiti dia, bila expand:

kos naik dulu,

cashflow jadi ketat,

management jadi bercelaru,

quality drop,

overhead meletup.

Akhirnya company nampak besar, tapi sebenarnya tengah nazak.

3. Tak fokus

Mula satu bisnes. Belum stabil dah buka bisnes kedua. Lepas tu third company. Lepas tu buat property. Lepas tu jadi coach pula. Lepas tu nak buat personal branding.

Masa dan tenaga kita terhad.

Selagi system tak kukuh. Orang tak kuat. Cash reserve tak stabil. Proses tak jalan sendiri.

Terlalu banyak cabang selalunya cuma percepatkan kejatuhan.

Bak kata orang lama: “Macam anjing dengan bayang-bayang.”

Yang dikejar tak dapat. Yang ada pun terlepas.

4. Suka imej jadi business owner, bukan realiti jalankan bisnes

Ramai jatuh cinta dengan title: Founder. CEO. Entrepreneur.

Tapi tak suka benda sebenar belakang tabir:

urus cashflow,

buat sales,

manage staff,

handle client complaint,

tengok account,

negotiate supplier,

terminate pekerja,

bayar KWSP/SOCSO/SST,

survive waktu sales drop.

Nak jadi business owner bukan sekadar nak “bebas masa”.

Kadang2 business owner paling kurang bebas.

5. Ambil nasihat dari orang yang salah

Ini pun banyak.

Bila aku tengok sejarah jatuh bangun sesetengah bisnes, memang akan nampak:

seminar tertentu,

coach tertentu,

partner tertentu,

advisor tertentu,

circle tertentu.

Semua push: “Expand cepat.” “Leverage.” “Growth mindset.” “Risk tak besar tak kaya.”

Tapi bila bisnes jatuh, orang yang bagi nasihat tu hilang dulu.

Sebab tu aku selalu percaya: Nasihat yang baik bukan yang buat kita rasa semangat. Tapi yang buat kita nampak risiko dengan jelas.

6. Khianat

Reality bisnes memang tak lari dari benda ni.

Partner. Staff. Supplier. Management.

Kadang2 bertahun company leak duit tanpa owner sedar.

Bila audit dibuat baru nampak:

manipulation,

side income,

conflict of interest,

kickback,

penyelewengan stock,

salah guna account syarikat.

Sebab tu control dalaman penting. Trust penting. Tapi check & balance lagi penting.

7. Kewangan syarikat dan peribadi bercampur

Ini paling bahaya.

Company account jadi personal wallet. Semua benda claim company. Tak bayar diri sendiri gaji yang proper. Atau terlalu kerap topup duit sendiri dekat company.

Akhirnya:

tak tahu company betul2 untung atau rugi,

tak tahu personal cashflow macam mana,

tak tahu bila patut stop.

Kadang2 company sebenarnya dah mati lama dah. Cuma owner je taknak accept reality.

8. Masa business tengah sedap, lifestyle naik sekali

Sales baru cantik sikit dah:

tukar kereta,

naik business class,

beli watch mahal,

rumah upgrade,

tunjuk “success”.

Masalahnya bisnes ada cycle.

Waktu down tetap akan datang.

Dan masa tu baru sedar: rupa2nya selama ni bukan kaya pun. Cuma cashflow tengah cantik sementara.

Aku bukan anti bisnes.

Bisnes memang boleh ubah hidup. Boleh bina kekayaan. Boleh bagi peluang dekat orang lain.

Tapi bisnes juga boleh rosakkan hidup kalau kita tak faham risiko sebenar dia.

Sebab tu aku selalu rasa: Dalam bisnes, survival lebih penting dari nampak hebat.

Kadang2 company yang nampak “biasa-biasa” tapi bertahan 20 tahun tu jauh lebih berjaya dari company yang viral 2 tahun lepas tu hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *